Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 Disember 2014

Bila artis jadi ustaz/ustazah...

...ustaz/ustazah sebenar jadi menggelabah
laju sahaja mulut mereka membuat tohmah
konon ilmu tiada tapi hendak berdakwah
apa yang artis buat hanya dipandang salah

tengok artis ada pengikut
ustaz/ustazah jadi kecut perut
lalu mereka pun terikut-ikut
berceramah kerana cari populariti saja kot!

ustazah-ustazah mula bersolek
ustaz-ustaz mula berceramah sambil berlagu
kalau dulu tujuan membawa kepada kehidupan yang molek
kini seolah-olah hanya hiburan yang tak sampai ke kalbu

ustaz/ustazah sepatutnya lebih berhemah
dekati dengan baik mereka yang hendak berubah
bukan berebut mencari nama
sebaliknya berganding mencari redha Yang Esa


15 ulasan:

  1. hahahaa..pandai kakcik bermadah!

    entry kita sama isulah kak. :)

    BalasPadam
  2. Mungkin kata kak seroja ada betulnya....kita muhasabah diri. Allah maha Mengetahui.

    BalasPadam
  3. patutnya artis tu yg ikut cara ustazah, ini terbalik pulak ustazah ni yang ikut gaya artis.

    BalasPadam
  4. Betul tu. Tapi saya terkejut tgk ustazah tu menyindir ustaz/ustazah jadian ni. Perlu ker ckp macam tu. Nak menegur pon biarlah beradab.

    BalasPadam
  5. Betul Kakcik! Sy sokong sgt. Jgnlah sbb title ustaz/ustazah, kita mendabik dada. Bahaya tau!

    BalasPadam
  6. kalau nak mendakwah tak perlu tunggu dapat gelaran ustaz atau ustazah....ustaz dan ustazah pun org biasa2 jugak tp ilmu agamanya tinggi sedikit dr kita...kita berdakwah dgn cara kita la...klu xtahu boleh rujuk kpd mereka yg arif

    BalasPadam
  7. Asalam kacik ambil yang baik jadiak tauladan ya..teruskan informasi di blog.Entry terbaik

    BalasPadam
  8. Memang nak tergelak sangat dengar ucapan ustazah kita tu dalam PAU beberapa hari lepas. Ye lah artis berhijrah berpakaian muslimah dia kondem, artis berpakaian seksi meksi tak cukup kain dia tak kondem pula. Memang kelakar ustazah kita tu..

    Macam tak lama dulu juga ustazah ni kata wanita dibenarkan jadi pelacur jika dalam keadaan terpaksa. Nauzubillah...Kemudian tak lama lepas itu keluar pula kenyataannya lelaki dan perempuan bukan muhrim boleh bersalam untuk tunjukkan rasa hormat. Memang lawak pendapat ustazah kita tu...

    Agaknya tanda-tanda dunia semakin menghampiri kiamat semakin mendekat?

    BalasPadam
  9. tudung ustazah pun dah lebih singkat dari tudung artis..cemana tu???hehhe

    BalasPadam
  10. aah kan kak..ramai artis dh berubah sekrg..suka tgok..dunia semakin tua..

    BalasPadam
  11. Ustaz/ustazah sekarang kalau masuk TV bayaran mahal, kak. Macam artis nak buat persembahan golongan elit gitu :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.