Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 November 2014

Nasi goreng nyo kuko...

...mesti ada yang tak pernah tahu tentang apa itu 'nyo kuko' kan?

Nyo kuko adalah nyiur kukur atau kelapa parut mengikut bahasa bakunya.  Nyo kuko adalah mengikut bahasa kampungku di Karai, Perak sana...

Siapa pernah makan atau buat nasi goreng nyo kuko?  Itu adalah antara makanan yang sangat sedap di waktu kecilku dulu.   Hidup dalam keluarga miskin harta, aku dan adik-adik tidak ada banyak pilihan.   Apa yang mak dan pak bagi, itulah yang kami makan.

Nasi goreng nyo kuko dibuat dengan lebihan nasi semalam yang disebut 'nasi dingin'.  Digaul dengan cili api+bawang yang ditumbuk bersama garam kasar.  Cili api pun dikutip dari belakang rumah.  Kemudian gaul dengan kelapa kukur (menggunakan pengukur kelapa - bukan mesin yang guna letrik tu) dan campuran yang telah digaul itu digoreng dalam kuali atas dapur kayu.  Itulah yang kami makan bersama teh o panas.  Alhamdulillah.

Sekarang?   Jangankan nasi goreng nyo kuko, nasi goreng dengan lauk pun belum tentu membuka selera anak-anak...

Pengukur kelapa lama.  Gambar dari SINI


Nasi goreng cili api tanpa sayur
Telur goreng 'togel'
Tenggiri masak lemak cili api.  Nak letak belimbing,
tiada pula buah di pokoknya...

10 ulasan:

  1. Sy pun guna nyo kuko, org kelate pun guna vocab yg sama....
    Tp nasi goreng nyo kuko x pernah makan... Sedap tu kak... Jgn tidur mlm ni termimpi sudah.... Kikiki

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...sedapnya tengok gambar yg ada kat sini...masak lomak cili padi ikan tenggiri mmg best...:)

    BalasPadam
  3. kuko nyor tu... antik sangat. susah nak jumpa dah sekarang nie.

    BalasPadam
  4. sama mcm kat kelantan ya kakcik..dipanggil nyo kuko...
    sekarang kat kg2 pun dah tak ramai yg guna 'kuko'..

    BalasPadam
  5. Zaman kita kanak-kanak dulu apa pun sedap dimakan kakcik.
    Tapi syukur kita jadi 'orang' juga
    Berkat sebab tak pernah mengeji makanan terhidang.

    BalasPadam
  6. Memang sedap makan nasi goreng di buat macam ni Kakcik.

    BalasPadam
  7. Yummeh! Dah lama tak makan masak lemak cili api tenggir kakcik!

    BalasPadam
  8. Walaupun saya tak faham, tapi dah boleh agak dah maksud nyo kuko tu mesti ada kaitan dengan kelapa/nyiur. Kira pandai juga saya nih... heheheh...

    Kak, kalau saya hari-hari makan nasi putih tetiba dapat nasi goreng, mestilah nak licinkan pinggan. Kalau akak buat tak habis, hantarlah ke pejabat saya. Hahaha, suka hati dia je nak minta orang masakkan!

    Lapar terus tengok masak lemak cili api tu. Rasa tak sabar nak tunggu lunch time!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com