Kawan-kawan kakcik

Ahad, 2 November 2014

Esok hari Isnin?...

... aku dah tak kisah punnnn...

Cuma sekarang bila hari Isnin, aku masuk kelas semula.  Kelas yang berlangsung hanya untuk dua jam.  Itu pun sekirnya aku tidak ada urusan lain.  Aku masuk kelas dewasa.  Seminggu sekali. Bayaran pun hanya RM20.00 sebulan.

Cuma kadang-kadang sukar untuk mendidik hati sendiri.  Mendidiknya supaya jangan terpedaya dengan kehendak nafsu dan hasutan syaitonnirrojim... 

Samalah juga dengan hati yang rasa malas dan tubuh yang rasa lesu bila sahaja memikirkan ISNIN. Sedangkan hari ini tetap ada dalam aturannya.  Tetap datang dan pergi.  Jangan sebab 'takutkan' Isnin, Ahad kita rupanya adalah Ahad terakhir dalam hidup kita.  Dan, kita bukan sahaja tidak lagi bertemua Isnin, malah Selasa, Rabu Khamis, Jumaat dan Sabtu juga - sedangkan kita langsung tidak bersedia...

Oh... kelas apa yang aku ikuti itu? 

Aku masuk kelas Iqra' semula... tak mengapalah sudah terlewat asalkan jangan langsung tak sempat. :)

8 ulasan:

  1. Setiap hari saya memikirkan apa yg akan berlaku hari esuk dan seterusnya..akhirnya semua diserahkan kepada Allah dan istikharah.

    Selamat belajar kakcik..tiada istilah terlambat dalam mencari ilmu Agama..tahniah kakcik.

    BalasPadam
  2. Baguslah masuk kelas Iqrak. Saya baca lurus saja tanpa dengung dan idgham kerana tak pernah masuk kelas tajwid yg formal...Mungkin satu masa nanti saya akan masuk kelas tajwid formal juga..

    BalasPadam
  3. Saya juga inginkannya cuma sedang mencari masa.. moga Allah permudahkanNYA..

    BalasPadam
  4. Nak belajar jugak suatu hr. Mudahan dipermudahkan.

    Kak malasnya nak keje esok. Syok kan klw dah pencen.

    BalasPadam
  5. bestnya belajar ngaji, kakcik. better late than never. ilmu dituntut hingga China dan liang lahat...

    BalasPadam
  6. tak kisah la belajar apa pun kakcik, tambah ilmu kan bagus... apa slh nyer amik kelas iqra walaupn dh lps pencen... at least kakcik lebih boleh fokus sbb dh tak keje mcm dulu.... jd otak tak pyh mikiran mcm2

    BalasPadam
  7. selamat belajar kakcik,
    dah pencen macam2 boleh buatkan kakcik, buat apa yg terlepas semasa sibuk bekerja dulu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com