Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 November 2014

Datuk oh Datuk...

Datuk oh Datuk
jasa apa yang datuk beri
mana ada jasa
ada duit semua jadi

duit oh duit
mengapa kau sangat berkuasa
hendak buat macamana
dah aku kegilaan manusia

manusia oh manusia
kenapa jadi gila
macamana tak jadi gila
kuasa dan harta dipandang mulia

kuasa oh kuasa harta oh harta
kenapa kalian yang dipandang mulia
bukan kami yang diminta
tapi manusia suka berkasta

kasta oh kasta
kenapa kau perlu ada
macamana aku nak tiada
nanti manusia tak boleh berlagak sentiasa



Hehehe... maaf ya Datuk-Datuk semua...

Sebenarnya nak tulis tentang lain.  Tentang 'pengasas-pengasas' produk kecantikan yang rata-ratanya bergelar 'Datuk'. Sesetengahnya pula, siap ada 'Dr', 'Prof'.... ish... macam tak yakin je aku!  Muda-muda pula lagi tu.  Wajah pula macam adik-beradik je...iras-iras gitu!  Bercakap hanya lancar tentang produk yang dijaja sahaja.  Sampai tercungap-cungap aku tengok.  Cuba minta mereka tunjukkan kilang di mana produk mereka dihasilkan. Agak-agaknya ada ke tidak?  Sekarang ini, di siaran berita (waktu utama) pun ada slot untuk iklan produk kecantikan.  Bosan tau!

Setakat ini, aku rasa cuma Pn. Rozita Ibrahim pemilik Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya je yang tak 'hadap' dengan gelaran. Tapi, beliau berjaya juga.  Mampu juga bertahan dengan produk-produknya.  

Orang sekarang dah bijak.  Bukan macam 20 - 30 tahun dulu. Bila dengar je 'Datuk', wah... kembang hidung kalau dapat menyapa walaupun Datuk tu tak kenal atau pandang pun kita...

Jangan nanti, hanya kerana gilakan gelaran konon untuk melariskan jualan, perniagaan jadi buluh kasap - hujung hilang pangkal lesap...


34 ulasan:

  1. kakcik...begitu puitis sekali hehe...
    tp kenyataannya 200% betul...kalau tak...takkan ada yg sanggup bayar utk dapat title datuk segala bagai tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan? Rata-ratanya pula adalah 'orang kita'. Jangan2 di belakangnya ada 'orang lain' yang tidak bergelar apa-apa tapi punya harta dan wnag berjuta...

      Padam
  2. sy suka baca blog pn rozita
    orgnya nampak sederhana sgt

    BalasPadam
  3. salam kakcikseroja

    singgah pagi di puisi kakcik

    BalasPadam
  4. senyummmm sumbing sy baca post kakcik ni, hihihi... terbayang seseorangggg.. huhuhu

    BalasPadam
  5. Itu org business kakcik. Yg artis pun tak kurang juga.. femes aje tak lama dptlah gelaran datuk.. Inilah M'sia negara kita yg dicintai kakcik:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...artis pun sama. Baru berlakon dan menyanyi, tahu2 dah bergelar... :)

      Padam
  6. Baling batu kat sekumpulan manusia di Malaysia ni kakcik, sure terkena kepala datuk/dato'....Tu nak gambarkan betapa bersepah nya datuk/ dato' kat malaysia ni ....dah takda kualiti..menyanyi lama2 pun dapat datukship...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu masa dulu, diketahui orang yang bergelar Dato' / Datuk adalah orang yang banyak jasa dan orang yang 'berada'. Sekarang ada Datuk yang hendak makan pun mengharapkan simpati...

      Padam
  7. suami kakcik pon dapat pangkat datuk juga kan? Cuma kakcik je dapat nenek...! he he

    BalasPadam
  8. Saya juga berprasangka sedemikian. Tetapi walaubagaimanapun tahniah juga kepada mereka yang mendapat gelaran tersebut. Mungkin mereka telah menyumbang terlalu banyak kepada agama, bangsa dan negara! (sambil tulis sambil garu kepala yang tak gatal dan dahi berkerut....)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...kakcik tak boleh tahan gelak baca komen ni (sambil garu2 dagu yang tak gatal...) :)

      Padam
  9. ye la..muda2 dah dato kan..macam dato alif syukri tu...mak nya yang berniaga lama,popular gitu pun tak ada dato..ke ada jugak.??..hehhe

    BalasPadam
  10. salams kak cik

    betuk cakap akak, ada duit semua boleh jalan
    kalau tunjuk kilang, sebenarnya kilang tu OUM
    semuanya dlm satu kilang yg sama
    cuma label sahaja yg berbeza

    sekadar berkongsi kerana saya tak suka produk saya msk kilang
    bila masuk kilang dah jd rojak campur
    maka produk saya msh under 'homemade'


    BalasPadam
  11. yang kelakarnya..ada seorang orang ditaman KY, dulu kerja jaga *tak maksud nak lekehkan kerja jaga ye..* lar ni katanya jadi partner biz apa ntah..tetiba dpt gelaran datok. kereta mewah berbijik2 depan rumah..muskil betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat sewaktu kakcik bertugas di sebuah Kementerian dulu, salah seorang pengawal keselamatan di situ dikatakan bergelar Datuk. Memang dia datang kerja dengan memandu Harrier dan kadangkala kereta mewah lain. Jangan2 orang yang sama dengan yang Kakyon maksudkan tak? :)

      Padam
  12. oh datuk lain rupanya.. nampak tajuk tadi, saya ingatkan kisah atuk kat kampung..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh...kakcik lahir sewaktu datuk kakcik sudah tiada lagi... :)

      Padam
  13. Bila ada gelaran sng nk jual produk kot.

    BalasPadam
  14. Alah kak, ada duit, gelaran pun boleh beli. Bukan mahal pun bagi mereka, RM50K je, janji dapat gelaran. Kalau boleh buat loan, berlambak juga yang pakai title Datuk nih. Sekarang ni pun berlambak produk kecantikan sampai seriaulah nak mencuba. Entah betul, entah tidak. Akak tengoklah yang ada title Dr ke Prof ke, kat mana qualification tu mereka dapat. Memang universiti tu pun sebenarnya tak wujud pun. Silap haribulan, beli online jek! Sekarang serba-serbi mudah mah!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com