Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 November 2014

Anda bukan ketua yang baik...

...kalau hanya tahu marah dan mengarah
...tapi tak tahu menyelesaikan masalah

...kalau hanya tahu menegur dan bercakap takbur
...tapi tanpa orang bawahan semua kerja jadi berterabur

...kalau hanya tahu bergaya dan melaram
...tapi akta dan peraturan kau tak hafal sepatah haram

...kalau masuk jadi ketua kerana kelulusan
...tapi kau masih mentah tentang pengurusan

...kalau dengan yang lebih tua kau tak hormat
...hanya kerana mereka tiada pangkat


13 ulasan:

  1. situasi begini juga berlaku disekeliling saya....

    BalasPadam
  2. Dah lumrah kehidupan....
    Mungkin mereka lupa yg roda tu bulat...

    BalasPadam
  3. sebiji mcm perangai boss tempat suami saya keje..

    BalasPadam
  4. manusia mudah lupa bila dah berjaya..manusia mudah leka bila di puncak menara...namun semoga kita tidak seperti mereka....moga mereka dapat hidayah dari Yang Maha Esa...

    BalasPadam
  5. menjadi kebiasaan kak chik... ditegur salah dibiarkan pun takkan nak dipandang sahaja.... teguran pasti tidak akan diterima... dan akhirnya hanya doa mampu dikirimkan... Amin

    BalasPadam
  6. kalu tau ckp kerja kau cepat n pantas
    tp sebenarnya x satu pun yg sempurna

    kalu tau ckp besar kt ketua kau
    tp sebenarnya dpn anak buah 1 pun ko tak tau...

    huhuhui jd bos mmg kene ada sifat rendah diri n sikap bertenang bkn tau nk kelam kabut

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kakcik....mmg lumrah dunia ni kan ...kalau ada yg baik mmg bagus tapi kalau x parah jadinya...:)

    BalasPadam
  8. Situasi begini sentiasa berlaku di mata SA...Terbaru pun ada tp malas nak buat entry sebab boss SA tu stalker blog SA...hehehe...

    BalasPadam
  9. Bukan senang nak jadi Pemimpin ( Ketua ) ni kan kakcik...
    Besar tanggungjawab

    BalasPadam
  10. Kadang-kadang ada juga pegawai bawahan lebih besar kepala dari boss di atas. Sebab itu kadang-kadang lebih mudah berurusan dengan boss dari anak buah yang lebih sudu dari garpu....

    BalasPadam
  11. Bukan senang nak jadi ketuakan, kak. Saya dulu pernah setahun pengalaman bekerja terus jadi pembantu kanan bos. Bawah saya ada dalam 10 orang semuanya yang jauh lebih tua daripada saya yang ketika itu baru masuk 26 tahun. Saya dapat of course sebab kelayakan akademik dan bukan atas bantuan. Tapi serius kak, susah nak handle mereka sebab katanya saya ni baru setahun jagung bekerja. Boleh mereka bet lagi berapa lama saya akan bekerja di company itu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com