...tidak!
tidak sama sekali aku meminta simpati
kerana itu aku bersembunyi
senyap-senyap melayan perasaan sendiri
kerana terlalu rabak hati ini
airmata mengalir tanpa disedari
Tuhan, untuk nyawa yang masih Kau beri
bekalkan aku iman sekali
kerana bimbang aku hilang pertimbangan
lalu aku memilih jalan yang salah di persimpangan
sakit...
terlaku sakit memendam perasaan
hanya padaMu Tuhan dapat kuluahkan
tiada insan yang cuba mengerti
walaupun mereka darah dagingku sendiri
kalaulah aku berupaya
kehendak mereka kan kuturut semua
tapi aku sendiri terkapai-kapai
ada tangan namun tak dapat menggapai
kadangkala rasanya ingin kuberenang
agar hanyut lukaku ke seberang
terkadang pula ingin rasanya kuterbang
agar bertebaran dukaku di awang-awang
tak akan terubat sakit kutanggung
bila jiwaku bagai dihempap gunung
takkan ceria wajah tertera
bila senduku terbayang di mata
Tuhan, tolonglah aku...
bait-bait yg indah ne..
BalasPadamEh, kenapa ni kak? Sekadar menulis atau memang hati sedang dilanda sedih? Walau apapun, semoga kesedihan itu akan segera beransur pergi ya, kak...
BalasPadammenangislah kakcik..kerana DIA memberi airmata utk kita gunakan dikala hati sedang kesakitan..mengadulah padaNYA..
BalasPadamtulisan akak nie mengambarkan tentang perasaan saya di saat ini
BalasPadamSayangnya kakak tak dapat membantu sedih yg melanda kakcik
BalasPadamMoga kakcik terus diberikan kekuatan iman dan kesabaran yg tinggi.
Semoga di mudahkan urusan Kakcik. Sama-sama berdoa untuk kebaikan.
BalasPadamsabar ye mak
BalasPadamsemoga akak diberikan ketabahan y tinggi..
BalasPadambanyak2 bersabar
kalau menangis itu adalah penawarnya, maka teruskanlah biarpun tiada yg mengetahui
BalasPadamLa tahzan kak cik.. Allah kan ada :)
BalasPadamassalamualaikum kakcik...sayu pulak baca bait2 puisi ini...(
BalasPadambergenang saya baca entry ni kak.. tiba-tiba rasa rindu pada mak saya walau takde kena-mengena dengan entry ni.. ;)
BalasPadamAssalammualaikum Kak Chik...
BalasPadamApa kabar? Lama tak komen kat sini....
berseni kakcik ni..
BalasPadamorang yg lembut hati akan mudah mencipta bait2 indah