Kawan-kawan kakcik

Isnin, 24 November 2014

Allah SWT telah 'menegur' kesombonganku...

...aku pergi ke bank untuk memasukkan duit.  Sebelum itu aku perlu ke bank yang lain untuk mengeluarkan sejumlah wang yang diperlukan (mesti ada yang berkata 'kenapa tak buat pemindahan atas talian sahaja?'. Biar aku terangkan, sudah berbulan-bulan dan berkali-kali aku mencuba untuk melakukan pemidahan atas talian, tapi aku tidak tahu mengapa untuk urusan pemidahan wang ke bank yang satu ini, ianya tidak pernah berjaya).

Untuk kedua-dua urusan memasuk dan mengeluarkan duit tersebut, kebetulan kedua-dua bank terletak bersebelahan.  Aku berkira-kira untuk ke bank A bagi mengeluarkan duit sebelum ke bank B. Dari jauh, aku melihat ada seorang 'pengutip derma' duduk di kaki lima bank A.  Hati jahatku terus berkata-kata 'tak apalah, aku keluarkan duit di bank B saja.  Bayaran perkhidmatan pun RM1 saja. Buat apa nak derma kat orang tu.  Entah-entah dia mengkayakan seseorang di Kemboja sana'.

Aku pun terus melangkah ke ATM di bank B.  Hanya aku seorang di situ.  Dengan berwaspada aku mengeluarkan duit sebelum memasukkannya pula ke mesin deposit wang (CDM).  Antara dua urusan itu, aku sempat melihat ada seorang lelaki berjalan di luar. Keadaannya agak tidak bermaya walaupun tubuhnya agak 'berisi'. Matanya melilau memandang kepadaku.  Ah! Sudah!

Dia kemudian menolak pintu dan masuk ke kawasan ATM.  Dia menyapaku :

Dia  :  Can you speak English, Kak?

Aku :  Yes.  Why?

Dia  :  Are you Muslim

Aku :  Yes (baru sekarang aku teringat, takkan dia tak nampak aku bertudung)

Dia :  I am .... bla....bla...bla (Dia menunjukkan sekeping kertas tertera nama ubat yang berjumlah RM45.00 dan kemudian menyelak bajunya menunjukkan beg plastik yang mengandungi air kencing.

Aku :  (tiba-tiba je pulak) You wait (kemudian aku cepat-cepat memasukkan wang ke CDM)

Dia  : I'll wait outside, Kak.  (Masa ini beberapa orang masuk untuk urusan di ATM dan CDM)

Selesai urusan, aku keluar dan dia masih menunggu.  Aku pun sudah bersedia dengan sedikit wang dan terus kuhulurkan kepadanya sambil beredar segera.  Aku mendengar dia mengucapkan 'thank you Kak' bersama doa...

Yang nyata (aku pasti) lelaki itu bukan rakyat tempatan.  Sebab aku berkira hendak menderma kononnya nanti mengkayakan lelaki Kemboja (kisahnya pernah masuk media), akhirnya Allah datangkan lelaki lain untuk aku dermakan duitku.

Begitulah, kesombongan tidak akan membawa kita ke mana-mana atau memberikan rasa bahagia...



14 ulasan:

  1. Sungguh bagai dikata kak cik..
    Acik kalau urusan bank..memang tak pandai sendiri..yang pandai keluar je...tu yang susah sikit kalau nak beli online..semua urusan en.suami.

    BalasPadam
  2. IM selalunya menolak sesiapa yang meminta seperti itu. dah banyak kali terkena buatkan IM rasa lebih baik IM sumbang melalui NGO saja.

    Tapi kalau takat belanja makan atau belikan baranag keperluan itu masih ok.

    BalasPadam
  3. Memang lumrah hati sentiasa terdetik perkara negatif bila nak menderma di kaki lima bukan apa sebab zaman sekarang ni macam-macam perkara berlaku & masyarakat kita selalu disajikan berita2 yg menakutkan supaya kita berwaspada..

    APA pun yg penting niat kita..

    BalasPadam
  4. Hanya perlu hati-hati dengan penipuan yang tak disangka.

    BalasPadam
  5. Sekarang macam trend orang minta derma mesti depan pintu ATM. Rimas la juga asyik muka yg sama. Serba salah kita dibuatnya.

    BalasPadam
  6. Kejadian yang kita tak jangkakan kan kak..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg ada dalam hati kita..muga jadi pengajaran buat kita semua..

    BalasPadam
  7. Tukang mintak derma ni kak, dah pandai ( yang genuine & yang penipu)..mereka tunggu depan pintu ATM..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum wbt kakcik :)
    terima kasih letakkan blog sha dalam bloglist....

    Sha kalau mahu memberi, biarlah pada medium yang sebenarnya... mana hasil tu pergi, biarlah Allah yang tahu kan...?? tapi kalau rasa kesian Sha bagi jugak pada orang2 keliling ni... husnudzon je la..

    BalasPadam
  9. memberi lebih mulia dari yg menerima...saya pun kalau nak menderma ikut gerak hati kakcik...terkadang sebabkesian...semua tu urusan Allah....yg penting niat ikhlas kita berbahagi rezeki......

    BalasPadam
  10. ermm..

    semoga mak dipemrudahkan dan dimurahkan rezeki lagi mak..

    BalasPadam
  11. Yelah KC.....apa depan mata semuanya telah dirancang Allah... moleknya perancangan Allah tu, hanya terdetik dlm hati nak menderma ......allah datangkan insan yg memerlukan

    BalasPadam
  12. Berprasangka menderma kadang memang terdetik kakcik sebab dah terlalu banyak pendedahan pembohongan. Tapi Allah tahu kakcik sebenarnya nak menderma sebab itu didatangkan org kedua itu lalu tercatat sudah jariah itu. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  13. Asalam kita kena berhati2 selalu...mujur tak ada apa2 berlaku ..orang asing yg kita tak kenal..

    BalasPadam
  14. Aha, kak datang balik lepas kenyang makan tengahari ^_^ Sambung komen ya...

    Saya pun dulu kak selalu 'memilih bulu' bila nak menderma. Kalau orang kita, orang buta itu memang saya derma. Kalau tahap OKU sikit-sikit je, kalau nampak muka tak macam Melayu ke, memang saya tak derma. Lepas tu kena soung dengan seseorang. Anggap ajelah kita derma kerana Allah, tak kiralah siapa mereka. Saya ubahlah cara sikit.

    Tapi sampai hari ni kalau saya syak macam sindiket punya kerja ke, memang saya malas nak derma. Eh, boleh gitu kan... Hahaha....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com