Kawan-kawan kakcik

Ahad, 23 November 2014

20,000 untuk sebulan...

...baik ada dari tak ada, kan?

Apa yang ada tak ada tu?  Duit ke?

Alamak!  kalau duit, bolehlah tersenyum lebar.  Boleh bayar hutang dan boleh beli stok barang dapur... 

Habis tu apa?

Jumlah paparan halaman untuk blog ini saja sebenarnya...

Baru nak merasa cecah 20,000++ untuk sebulan.  Kebetulan 'dapat tangkap' waktu angka betul-betul tunjuk 20,000 sebelum ia terus meningkat.  Meningkat sedikit saja punnnn...Lepas ini mungkin jatuh merudum balik.  Orang lain untuk satu catatan saja boleh dapat 20,000 paparan halaman - tak hairan pun, kan?

Walaubagaimanapun, makcik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog tanpa informasi milik makcik ini, ya.  Tanpa anda blog ini tak lebih hanyalah sebagai catatan 'syok sendiri' makcik saja...  

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang sudi meletakkan blog makcik di senarai blog mereka.  Secara langsung dan tidak langsung melalui senarai itu, blog makcik ini dijejaki oleh pembaca buat pertama atau kesekian kalinya...

Terima kasih berkali-kali lagi, kalau sudi singgahlah selalu lagi ya...

Paparan harian tu selalunya nak dapat 500 sehari pun susah...


7 ulasan:

  1. Walaupun adakala saya tak komen di sini tapi tetap akan singgah..
    moga kakcik sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian hendakNYA.

    BalasPadam
  2. Pencapaian yg bagus tu KC....OKje entahkan tak sampai 20000 hihi

    BalasPadam
  3. Wah, banyak tu, kak! Meleleh air liur saya. Yalah, saya ni picisan je. Bila tengok angka macam tu pun boleh terliur :D

    Tahniah ya, kak. Moga makin meningkat naik dan tak turun-turun lagi!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com