Kawan-kawan kakcik

Rabu, 15 Oktober 2014

Sebenarnya, ia berkaitan dengan pembaziran...

...merujuk kepada catatan ini, kakcik menantikan kalau ada yang akan meninggalkan komen begini 'kita di sini bermewah-mewah dan mungkin membawa kepada pembaziran.  Sedangkan ada saudara kita yang mengais tanah, pasir atau rumput untuk mengalas perut yang lapar...

Ingatkah kita sewaktu enak menjamu selera?  Mungkin kita akan berkata 'ingat pun, boleh buat apa? takkan sampai kita perlu menyekat selera?'

Tidaklah sampai begitu.  Sekurang-kurangnya kita berpada-pada dan sentiasa ingat bahawa membazir itu amalan syaitan   (sila klik pautan - jangan malas!).  Makanlah dari rezeki yang telah Allah beri tapi jangan sampai melampaui batas.
terus terang - sebenarnya hidangan ini tidak habis
dimakan oleh empat orang dewasa yang menghadapnya...


#ingatanuntukdiri sendiri

10 ulasan:

  1. Sedapnya kakcik,klu nak oder tu agak2lah kemampuan kita utk menghabiskannya.

    BalasPadam
  2. kenapa tak habis?/tak sedap atau terlajak order??

    BalasPadam
  3. Pada saya itu memang terlalu banyak...Kalau saya memang tak abis kot sebab perut kecik..

    BalasPadam
  4. betul.kadang kite kene beringat pada yang tak mampu.itu boleh buat kita sedar dan beringat :)

    salam perkenalan
    jemput ke blog nana

    BalasPadam
  5. Agaknya mereka yang makan tu berpegang kepada pesanan Nabi: 'Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang'?. Masa lapar order macam-macam...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, sama-samalah kita saling ingat-mengingati kan kak cik.. Tq.. :')

    BalasPadam
  7. Salam singgah..=)

    Saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya ya

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. peringatan untuk diri sendiri juga mak...lama x singgah sini....baru ada peluang nak blogwalking...

    BalasPadam
  9. kakcik... mana lah tau yg semua tu tak abis, ingatkan semuanya abis di mkn sbb tgk mcm ada ramai je... kalu pun tak abis boleh di bungkus bwk balik ke rumah... heheheh kite boleh elak pembaziran tuh... hehehhe

    BalasPadam
  10. banyaknya makanan...sedap tu. betul kena beringat selalu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com