Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 25 Oktober 2014

Jom tinggalkan keburukan dan dekati kebaikan...

...syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan kita melangkah ke tahun 1436H.

Semoga segala keburukan yang telah berlalu, kita terus tinggalkan dan segala kebaikan kita bawa bersama untuk ditambah kebaikannya...

Allah memberi kita nyawa dan Dia juga berhak mengambil balik pada bila-bila masa.  Mudah-mudahan kita diambil kembali bukan dalam keadaan yang mengaibkan dan bukan juga dalam keadaan berdosa.

'Bukan dalam keadaan berdosa' - bukan pula maknanya boleh dipinta-pinta melalui doa sahaja sekiranya kita sendiri tidak berusaha untuk menjauhkan diri kita dari melakukan dosa.  Yang haram itu memangnya selalu enak untuk dibuat, sedang yang halal selalu kita rasa sangat berat untuk dilakukan.

Jangan bangga melanggar batas larangan apabila tiada kesan semasa yang dirasa.  Jangan mencabar undang-undang Ilahi kerana ia tidak semudah menjual beli undang-undang manusia.  Bala tidak datang menimpa kepada pendosa semata-mata, bila orang sekeliling berlagak seolah-olah tiada apa-apa...

Rahmat Allah itu sangat luas, begitu juga dengan kemurkaanNya. Pelbagai amaran telah diturunkan, tapi kita masih menganggap ia hanyalah 'aturan alam dengan musimnya - musim banjir, musim kemarau' dan sebagainya...

Aku bukanlah orang yang sangat berilmu atau arif dengan segala hukum.  Segala catatanku, adalah lebih untuk mengingatkan diri sendiri kerana sedari kecil aku diajar tentang halal dan haram. Dari ajaran itulah, sehingga kini aku tetap berpegang pada hukum yang mengatakan anjing dan babi itu adalah najis mughallazah  - walaupun masih boleh disamak, apa jadahnya pula hendak dipegang saja-saja...

9 ulasan:

  1. Salam Maal Hijrah, semoga semua kita akan sentiasa berubah setiap masa dari yang baik kepada yang lebih terbaik...

    BalasPadam
  2. insyaAllah.... semua manusia x mahu melakukan perkara yg tidak baik tetapi apakan daya iman senipis daun bawang...kadang kala gagal juga menagwal diri.... semoga di masa akan datang kita menjadi lebih kuat menahan diri dari melakukan kemungkaran.

    BalasPadam
  3. mungkin niat dia baik tapi langkahnya umbang.

    Apapun, mungkin ini satu pelajaran dan pengalaman yang terbaik buat dia untuk lebih berhati-hati dimasa depan...

    BalasPadam
  4. Moga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmatiNYA..

    BalasPadam
  5. Salam maal hijrah buat kak chik srkrluarga

    BalasPadam
  6. saya setuju dgn perenggan terakhir kakcik.. hehe..
    salam maal hijrah =)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com