...itulah yang kurasa bila aku diselimutkan. Kemudian perlahan-lahan aku 'hilang'.
Allah, sesungguhnya aku sangat takut...
Apatah lagi kebelakangan ini kerap aku terasa ngilu bila menarik nafas. Seolah-olah itulah tarikan nafas terakhirku.
Bukan sekali, bahkan sudah berkali-kali aku disorong ke bilik pembedahan. Dua kali kerana melahirkan anak, sekali kerana pembedahan memasukkan skru ke tulang belakang dan beberapa pembedahan kecil yang aku pun tak ingat lagi...
Namun kali ini, hanya untuk satu prosedur angiogram (mungkin kerana ianya berkaitan dengan jantung, iaitu organ terpenting dalam tubuh. Terhenti denyutannya, maka akan terhenti jugalah fungsi seluruh tubuh), perasaanku sangat berbeza. Walau pada mulanya aku menjangkakan akan dibius dan menjalani prosedur dalam keadaan sedar, rupanya ia tidak begitu. Aku 'dimatikan' seketika. Saat tersedar semula, aku memaksa ingatan untuk mengetahui di mana aku berada. Dengan rasa sakit kepala yang bukan sedikit, akhirnya aku menyedari bahawa Allah SWT masih mengizinkan aku bernyawa lagi.
Allahuakbar! Walaupun aku masih diberi peluang, tapi aku mengabaikan perintahNya. Beberapa waktu aku langkaui kerana langsung tidak berdaya untuk bangun.
Aku juga hilang upaya untuk seketika walau untuk menggaru hidung sendiri.
Bagaimanakah agaknya jika benar sewaktu aku diselimutkan tadi ianya akan menjadi mukadimah kepada kain kapanku?
Banyak dosaku sesama manusia yang belum aku pohonkan kemaafan.
Kawan, anda yang membaca catatanku ini, andai ada salah silapku terhadap kalian, ampun dan maafkanlah diri ini...
Langkah kita kian hampir untuk terus terhenti. Sengketa apa yang perlu kita teruskan lagi...
semoga kite semua tgolong di kalangan org2 beriman nt
BalasPadamSemoga Kakcik cepat sembuh, tulisan Kakcik ramai yang menantikan. Tabahlah Kakcik menghadapi ujian Allah...
BalasPadamEntri ini memberi keinsafan yang tinggi kepada sya. Kepada diri sendiri saya tak habis bersyukur kerena setakat ini masih dianugerah kesihatan yang baik, Allah masih sayang memberi sehari lagi untuk saya sedut oksigenNya...
Assalamualaikum kakcik....moga kita diberikan masa utk dpt melakukan semua suruhanNYA....bersyukurlah sbb kita masih bernafas lg dimuka bumi Allah ini...
BalasPadamassalamualaikum kakcik,
BalasPadamsaya doakan yg baik2 saja utk kakcik,
inshaAllah jika benar masa itu telah tiba,
segalanya akan dipermudahkan sahaja..
kita tak tahu bila ajal akan tiba,
buatlah apa yang terbaik & termampu sementara masih belum dijemput menghadapNya... :')
Mati itu pasti..bagaimana..dimana..apa cara itu yg kita selalunfikirkan..yg sakit tk semestinya mati dahulu..kerap yang sihat tetiba dijemputNya...contohnya mak yg kerap sakit2 tapi abah yang dijemput terlebih dahulu..semua org pasti mati..yg penting kita harapkan kesudahan kita adalah kesudahan yg baik2
BalasPadammudah2an kakcik diberikan kesihatan yang baik2 dari Allah.
mohon maaf juga andai saya ada salah silap dgn kakcik.
Salam kakcik....hrp bersabar dgn dugaan Allah...smg pulih sediakala...
BalasPadammacam firaun, dah nak mampos barulah nak bertobat
BalasPadamjika solehah, dia akan pastikan suami bahagia dengan sebenar2nya
bak saran laki agar cukup kuota bini
bukannya ikut arus jahiliyah anti nikah ramai