Kawan-kawan kakcik

Selasa, 14 Oktober 2014

Apapun warnanya, asasnya air juga...



cuma bila berwarna, ia lebih menyerlah dari yang kosong sahaja
dan bila sudah banyak warna
yang lebih terang akan lebih mudah dilihat

bagitu juga manusia
asasnya sama
dari Adam dan Hawa
tapi jadi berbeza
kerana ego dan harta
kerana tahap pemikiran yang tak sama
kerana manusia lupa pada Pencipta
kerana manusia melebihkan syurga di dunia
kerana ada yang merasa mereka sangat berkuasa


Jom baca sedutan teks khutbah Juma'at ini :

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah : Maksudnya : 

" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah Ta'ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama : Allah Subhanahua Ta'ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"      
  
Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Ketiga : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya,seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "

Kaum muslimin yang dimuliakan,

Allah Ta'ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

17 ulasan:

  1. TApi air yg berkaler ni, warnanya cantik tp rasa? Mmm, mcm tu jugaklah manusia. Miga baik-baik saja. Selamat pagi Kakcik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat pagi Fara... ia berkaitan dengan pepatah 'jangan menilai buku dari kulitnya'... :)

      Padam
  2. perkongsian yang bagus mak...saya baca sampai habis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Mudah2an ada manfaatnya. Bukan senang nak tarik perhatian pembaca pada artikel yang panjang berjela... :)

      Padam
  3. walopon mcm2 kaler tapi rasanya biasa2 aje.. ermmm... begitu juga manusia, walo cantek luaran, pakai ape saje semua nmpk hebat, dalam kosong, jawapannye... piiiiidah!

    BalasPadam
  4. pernah baca 1 artikel yg buat saya fikir banyak kali... kadangkal kita rasa diri hebat sedangkan orang sekeliling tak perasan akan kehadiran kita. Err.. ada kaitan tak dengan entry k.cik?

    BalasPadam
  5. Kadang2 kita menilai seseuatu dari apa yang kita nampak dan bukan dari apa yang Allah nampak...

    BalasPadam
  6. hanya pengalaman yg memberi warna dlm hidup kita.Darah dan daging tetap sama warna kan.Hitam ke putih ke warna darah dan daging ttp merah.Tumpang berfalasafah pula kat sini.

    BalasPadam
  7. sedapnya air yang color merah tu
    biasa lepas minum mesti nak minum air putih juga :)

    BalasPadam
  8. Kakcik
    Air2 itu laaa yg saya pantang jumpa
    Tembikai, orange dan suam atau air batu kosong...
    Tp itulaaa yg sedapppp
    Begitu juga hidup kita
    Jalan yg lurus ke syurga kita abaikan.. Nak juga ikut jalan2 yg berliku2 yg akan menyesatkan kita...
    Semuga kita diberikan kekuatan iman hingga akhir hayat kita.

    BalasPadam
  9. Sedapnya air tembikai tu,peringatan buat kita semua jauhi suka menghina,mencaci dan tuduh menuduh.

    BalasPadam
  10. Satu perkongsian yang bagus untuk dibaca semua. Semoga kita dijauhkanlah dari sifat suka mengkeji dan mencaci ini.

    Tengok air tu memang nampak sedap aje lebih-lebih lagi yang ada warna. =)

    BalasPadam
  11. TQ kakcik share teks khutbah tu..
    1st time saya baca kisah pasal Saidina Umar mencaci tu

    BalasPadam
  12. air kaler meyah tu tetap menjadi pujaan hati ku :)

    BalasPadam
  13. zaman sekarang ni, apa yg difirmankan oleh Allah swt dalam ayat di atas telah menjadi suatu kebiasaan.. ):

    BalasPadam
  14. As-salam kakcik..

    air yg berwarna selalu lebih menjadi pilihan wp air yang tidak berwarna lebih menyihatkan..

    terima kasih atas perkongsian yg baik ni.. banyak benar yang perlu diperbetulkan dalam diri ini.. tq kakcik..

    BalasPadam
  15. btl tu kak... kite selalu jd lupa diri bila Allah berikan kita kelebihan.... huhuhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com