Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 Oktober 2014

Anjing, anjing dan anjing...

...anjing tu tak salah apa-apa pun.  Malahan anjing adalah binatang yang setia jika kena cara 'asuhannya'...

Yang salahnya adalah manusia yang terlampau mengada-ngada.   Yang dilarang, yang itulah yang hendak dibuatnya.

Lihat sekeliling kita.  Lihat keluarga kita.  Sudah sempurnakah kehidupan kita berlandaskan aturan agama?  Bila agama hanya digunakan secara terpilih-pilih demi membenarkan tindakan dan bukan kerana ianya perintah Allah,  kita sebenarnya kian hampir ke saat punah-ranah. 

Saat bila kita ikut aturan agama?  Waktu nikah? Waktu mati? (Itupun orang lain yang uruskan sebab kita dah mati).

Apa hukumnya berhijab bagi wanita Muslim?  Wajib kan?  Tapi ada sesiapa berani buat tunjuk perasaan suruh wanita Muslim berhijab?  Anak sendiri pun kadangkala kita tak berani hendak menegur!

Memang anjing itu najis mughallazah.   Bagaimana pula anak kita yang berdating dan bersentuhan dengan temannya yang berlainan jantina?  Apa hukumnya pula?

Kita yang dewasa ini pun ada masanya tidak segan silu bertepuk-tampar dengan mereka yang bukan mahram.  Malah ada yang sanggup pergi lebih jauh dari itu.  Memancing dosa hari demi hari demi memuaskan nafsu sendiri.

Marilah sama-sama kita betulkan diri kita dan keluarga kita sebelum kita melatah untuk turut serta dalam perkara yang kita tak tahu punca...

16 ulasan:

  1. Dunia menuju akhir zaman kian terserlah bilamana hukum-hakam agama kian diperlekeh Kakcik. Sedih... pegang yg sunnah macam tangan mak/ayah, kepala anak yatim tu kan lebih baik ini bersungguh sampai kempen macam ni apa ke halnya...

    BalasPadam
  2. fenomena yg sangat membimbangkan ya kakcik...moga anak2 kita di lindungi dari gejala tak sihat ni...

    BalasPadam
  3. anjing satu hal... manusia yang ada akal lagi satu hal ...
    tak faham atau tak nak faham.
    Semoga anak cucu dan keturunan kita terselamat dari fitnah dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  4. tahnya, apehal beriya sangat kempen pegang anjing
    buatlah kempen naiktaraf pusat tahfiz
    rumah anak-anak yatim yang dhaif
    aduhh, makin parah

    BalasPadam
  5. Memang tak cerdik buat benda tu. Banyak lagi boleh disentuh untuk mendapatkan pahala. Sentuh kepala anak yatim ker,sentuh tangan mak ayah ker, sentuh quran ker. ini yang disentuh anjing. Kenapalah singkat sangat fikiran orang yang sokong dan pergi join program tu. Yang 'ahli agama' tu pun satu. Tak tahu lah berapa banyak 'saham' yang dia dapat kat akhirat nanti. Maaf akak, ter over komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi singkat akal org yg suka sgt tgk drama tv yg bkn muhrim (Islam lak tu) berpegangan tangan berlakon suami isteri, malangnya 'ahli agama' takde pun nak menegur smpi jdk tajuk mukadepan newspaper (time maghrib pulak tu).

      Heheheh!

      Padam
  6. Suka sgt dgn entri Kakcik ni! Mmg betul pun setiap point yg Kakcik tulis kat atas tu. Mcm status yg sy keluarkan kat FB. Sibuk nak ckp itu ini tp dosa yg hari2 nampak dpn mata, ada org sibuk nak tegur-menegur? Pfftt!

    BalasPadam
  7. saya amat setuju bila kakcik mengatakan " manusia itu terlampau mengada ngada"

    BalasPadam
  8. manusia akhir zaman suka mencari kelainan..baru di pandang hebatkan!!
    kecelaruan akidah!

    BalasPadam
  9. Setuju dengan KakCik banyak lagi kempen boleh buat, kempen memakai hijab, kempen melarang drama Melayu memapar aksi sentuhan melampau bukan muhrim, kempen menyedarkan orang Islam fatwa rokok itu haram... banyak lagi.
    Tadi baca ulasan bekas mufti Perlis, Datuk Dr MAZA yang berkata kita sekarang dipenuhi ulamak pembodek 'yang menjelirkan lidahnya seperti anjing', ulamak yg tak kisah tentang isu besar yg merosakkan masyarakat Islam tapi membesarkan isu kecil utk membodek pihak tertentu....

    BalasPadam
  10. Ada banyak benda lain yang kita kena perjuang kan...benda yang haram tetap haram..

    BalasPadam
  11. suka sangat entri kakcik yang ini! deep okey! :D
    lagi satu..orang kita ni suka bertelagah, benda yang dia tak arif pun dia nak argue..pening kepala je.

    BalasPadam
  12. Salams Kak chik, saya dtg
    Membaca entry Kak:)

    BalasPadam
  13. Masing2 nak tunjuk pandai sampai ketepikan hukum hakam agama..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com