Kawan-kawan kakcik

Selasa, 9 September 2014

Waspadalah dengan keramahan mulut kita...

... kerana pepatah juga ada mengatakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana'...

Baru-baru ini aku mengikut suami menghadiri satu majlis.  Tiba-tiba, seorang lelaki di meja kami bertanya kepada suamiku 'awak driver, kan?'.  Aku pun tidak tahu apa tujuannya tiba-tiba bertanya begitu.  Mungkin sebab dia terlalu bangga dengan isterinya yang berjawatan tinggi walaupun dia sendiri 'tiada jawatan'.  

Tidak.  Aku tidak memandang rendah kepada jawatan pemandu. Aku sendiri pun sering memberitahu kepada kawan-kawan bahawa suamiku adalah seorang pemandu.  Sebenarnya maksudku suamiku itu adalah pemanduku kerana dia tak pernah membenarkan aku memandu, sebaliknya sanggup menghantar dan mengambilku di mana sahaja.   Cuma persoalannya, kenapa lelaki itu bertanya dengan selamba di hadapan orang lain yang berada di meja yang sama?  Mungkin dia tiada apa hendak disembangkan sedangkan dia mahu menunjukkan keramahannya?

Begitulah juga dengan kita yang sering bersembang tanpa suara ini. Kadangkala kemesraan kita sehingga kita boleh berkata apa sahaja (sebab kita tidak nampak riak wajah antara kita).  Ditakdirkan suatu hari nanti kita bersua, kita terbawa-bawa keramahan tanpa batasan kita itu.  Contohnya, oleh kerana kawan kita itu kita rasakan boleh 'dibawa bergurau', tanpa memikirkan perasaan atau sensitivitinya, selamba kita mungkin menyentuh sesuatu yang bersifat sangat peribadi.   

Katakanlah, kawan kita itu seorang gadis yang belum bertemu jodoh dan dia memang seorang yang kelihatan agak kasar berkata-kata, kita pun kononnya dengan niat bergurau mengatakan kepadanya 'patutlah kamu ni belum bertemu jodoh.  Kasar sangat, pakwe pun takut nak dekat'.  Bagi aku, orang yang kasar perwatakannya itu belum tentu 'kasar hatinya'.  Kadangkala hati mereka lebih lembut dari agar-agar.  Mudah tersentuh dan mudah rapuh!

Berhati-hatilah.  Dan pesanan ini lebih untuk diriku sendiri yang selalu lupa.  Bila kehilangan kawan, aku tertanya-tanya.  Rupa-rupanya tanpa sedar, mulutku ini yang punya angkara...

27 ulasan:

  1. terlebih ramah pun org tak suka
    sombong lagilahh org x suka
    so berserhana lebih baik

    BalasPadam
  2. Betul tu KakCik. Kadang-kadang kena jaga percakapan kita kan. Terima kasih atas peringatan ini.

    BalasPadam
  3. kalau memang dah kawan baik, bergurau bertepuk tampar tu leh la cakap camtu kot..
    saya pernah alami soalan cepuemas buat kali pertama.."gaji besar eh keje situ" mwhahaha...senyum jela (sebab cukup makan, syukurlah-yg kau kesah nape?)

    BalasPadam
  4. Saya dulu masa muda2 selalu macam tu. Tapi semakin usia bertambah, saya limitkan perbualan agar saya tidak menggores hati kawan2.

    BalasPadam
  5. kerana kita insan yang lemah kan kak
    thanks for reminder
    harap dipelihara segalanya

    BalasPadam
  6. So, apa reaksi Abg Bob dgn soalan tak berhemah tu Kakcik? :)

    BalasPadam
  7. Eh!saya pun pernah kena la..tetiba je datang kat saya dan tanya "suami awak kerja guard ye kat situ.." padahal suami saya kerja kat dalam bangunan tu..bukan guard okey...hahahah...saya cuma kata "tak la.." sambil senyum..malas nak sembang panjang..heheh

    BalasPadam
  8. betul tu kak cik....nak bergurau pun biar bertempat...ini ada satu cerita bulan 6 sewaktu saya hadiri seminar...ada seorg 'kenalan' yg saya telah kenal hampir 8 thn...seorg ibu beranak 1. dia tanya kenapa saya masih belum pregnant sedangkan dah hampir 4 thn saya kawen..lebih sakit hati masa lunch tu boleh plak dia cakap "lini dan husbnad x pandai main sbb tu la x lekat2". Masa tu mmg dah hilang sabar saya terus tengking akak tu....akak tu umur dah hampir 50 thn...sedih sgt masa tu

    BalasPadam
  9. kalu saya mak, saya jawab gini




    tak, saya penoreh getah. ape masalah?

    BalasPadam
  10. konon nak mula bicara tp x kena plak soalannya tu..sbr jelh.

    BalasPadam
  11. Ramah biar bertempat dan berpada. Setuju sgt dgn entry kakcik ni

    BalasPadam
  12. kadang kadang ada juga terjadi....terlajaklah kata.Memang malu sendiri.Menyesal pun tak berguna.Tapi lain kali fikir berkali kali .Atau jadi hermit dalam dunia sendiri.

    BalasPadam
  13. Makchaq dulu kalau orang tak kenai selalu orang ingat sombong.. pasai x pandai sangat nak mula sembang, tambah pulak loghat pekat.. takut orang tak faham.. tapi dah berumuq ni dah pandai sembang..
    Harap2 x dak la terkecikkan hati sapa2..

    BalasPadam
  14. Moga yg keluar dari mulut kita yg baik2 saja.. Tapi pernah jgk terlajak kata.. Over excited lah kiranya masa tu adooii..

    BalasPadam
  15. Itu pentingnya adab ,,, kan kak,, 😊

    BalasPadam
  16. Saya pernah ditanya di depan umum: "encik kerja apa?". Selamba saja saya jawab: "Tukang cat langit...kalau tak dak saya, langit hari2 warna putih..", hehehehe...

    BalasPadam
  17. alahai.... kalu dana, dana tlg jwb kan... eh tak lah dia keje sapu sampah... apa agaknyer reaksi org yg bertanya tu ek...

    aduhla, sesedap mulut saja kite ni kan, kalu ye pun tanya lah dulu dr sesiapa jgn ckp ikut sedap je...

    BalasPadam
  18. Kata-kata umpama ubat, guna sebaiknya, jika terlbih buruk padahnya _Ust Zahazan

    BalasPadam
  19. eem.. kalau saya senyum je kakcik.. bersangka baik dia tersilap orang tu.. huhuhu..

    BalasPadam
  20. nice reminder buat kita yg selalu lupa....
    Sentiasa jaga tutur kata even di alam maya ni....

    BalasPadam
  21. Saya x auka org yg terlebih ramah di kali pertama berjumpa..dah acap dahjumpa org2 yg meresakan mereka kenal semua org dan nak menjadi center of attraction dlm satu2 majlis..selalu pesan kpd diri sendiri supaya jgn jadi mcm tu.

    BalasPadam
  22. Terima kasih mengingatkan KC.....patutlah org ada kata lebih elok diam dpd berkata kata yg menyakitkan hati orangkan KC....
    Moga mulut kita terpelihara dpd dosa ...

    BalasPadam
  23. Tanpa sedar, kekadang kata2 kita telah menyakiti hati orang lain kan..

    Untung kak cik kemana sahaja asben yang bawakan, tak semua isteri ada kesempatan begitu tau :)

    BalasPadam
  24. kita manusia biasa dan kita tak pernah tau siapa orang di kalangan kita.. mila pernah dimarah hanya kerana mengatakan

    "baju ni mahal sikit Rm70, yang ini rm30"

    dia boleh marah mila. ingat saya x ada duit ke.. mila pun tak tau apa salah mila.. mila terus diam dan malas nak layan.. ego tak bertempat.

    BalasPadam
  25. Saya suka baca entri ni. Nasihat yang sungguh bermakna.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com