Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 September 2014

Entah apa yang tak kena dengan dia...

... dulu memang kami sangat akrab.  Namun akrab itu bukan bermakna aku tahu segala-galanya tentang dia walaupun mungkin dia rasa dia tahu segala-galanya tentang aku ...

Kes 1  :

Kami bertemu selepas sekian lama tidak berjumpa.  Terus dia menyoalku dengan wajah tidak bersalah 'eh...kau sakit ye?  nampak macam tak sihat je',  walaupun wajahnya sendiri tidaklah seceria mana...

Kes 2 :

Aku menelefonnya atas satu urusan.  Dia boleh kata tidak kenal suaraku dengan alasannya 'suara kau macam orang tua, aku tak cam, lah'.  Alamak...aku dan dia hanya berbeza dua bulan sahaja jarak usia...

Kes 3 :

Kebetulan aku ke tempatnya untuk menyelesaikan satu perkara. Masuk sahaja, aku sudah nampak dirinya.  Aku senyum sambil menyebut namanya.  Eh... mungkin dia ada masalah penglihatan.  Dia memandangku dengan selamba seolah-olah melihat seseorang yang tidak pernah dikenali.  Lebihkurang 10 minit aku di situ hingga aku keluar sambil memandangnya, dia langsung tidak menunjukkan reaksi bahawa dia mengenaliku...


Begitulah kitaran kehidupan ini.  Hari ini kita saling menyayangi, esok-esok mungkin tanpa sebab kita berpura-pura tidak pernah saling mengenali.  

Andainya pula hari ini kita saling membenci dan menyimpan rasa sakit hati, di hari mendatang tidak mustahil kita tidak boleh berenggang walau untuk sehari.


Hari ini kita bertanya-tanya 'apa yang tidak kena dengan dia' , sedangkan sebenarnya di pihak dia ada dosa yang belum kita mohonkan kemaafan darinya.  Kita hanya nampak yang tidak kena dengan orang lain, tapi kita lupa menilai sebenarnya apa yang tidak kena dengan diri kita...


Kecil tubuhnya, namun besar baktinya
Mungkin kini dia tidak dipeduli, tapi akan dikenang
bila pohonnya rebah menyembah bumi...



Jangan menilai hanya melalui pandangan mata.
Melihat gambar ini, kita mungkin terfikir betapa 'pelahap'nya
dia, namun tahukah kita berapa ramai lagi yang turut bersama
tapi melarikan diri dari panahan kamera?



21 ulasan:

  1. Hadapi dengan bahagia jer....
    www.armilastyle.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sukar jga bila keadaan mcm nie berlaku. kena jumpa 4 mata nie.....terus terang apa yg tersimpan di dlm hati...

    BalasPadam
  3. Inilah lumrah kehidupan Kakcik. Namun insyallah kita teruskan saje berbuat baik sesama insan. Kelak Allah SWT akan membali apa yang terbaik untuk kita. Bersama mencari keredaan Ilahi..

    BalasPadam
  4. biar org buat kita, tp kita jgn buat orang, hihi
    slmt pagi kakcik
    Adiah GA kakcik belum jumpa yang sesuai, nnti dah ada saya pos eh

    BalasPadam
  5. Ramai orang suka menyalahkan orang lain dari muhasabah diri sendiri. Good reminder for me

    BalasPadam
  6. Kak chik biarkan sahaja dia dengan sikap dia kak chik.... kekadang orang ni kita tak faham perangai dia tapi dia nak kita faham perangai dia... pelik kan kak chik... entah kenapa???????????????????????????? persoalannya

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Salam perkenalan. Terima kasih atas ingatan. Menilai tidak hanya pada apa yang ada depan mata.

    Saya ada share tips kesihatan kat blog saya, jemputlah datang blog semoga bermanfaat.

    www.vitaminsuci.com

    BalasPadam
  8. sifat manusia berubah2..kadang2 kita pun tak perasan yang diri kita sendiri pun berubah jugak..

    BalasPadam
  9. Menjaga persahabatan yang akrab ini sebenarnya lebih payah. Itu yang selalu IM nampak.

    Justeru itu hati-hatilah dan banyak berlapang dada..

    BalasPadam
  10. Mungkin ada sebab kawan akak jadi begitu. Ada perkara yang hendak disembunyikan atau mungkinkah benar-benar lupa. Entahlah, hanya dia yang mengetahui hal sebenar di sebalik perbuatannya.

    Manusia sering berubah. Dulu kita kawan baik, sekarang kita seteru yang tak boleh nak jumpa. Asal kita berpegang teguh tak mahu menyusahkan orang dan tak memulakan sengketa sudahlah...

    BalasPadam
  11. Salam kakcik. lama tak visit kakcik. bersangka baik je.. ingat yang baik lupakan yang buruk..

    BalasPadam
  12. Manusia.. sifatnya mudah aje berubah.

    Buah betik itu.. banyaknya. Tak pernah saya jumpa pada pokok2 yang lain.

    BalasPadam
  13. Sukar untuk menebak apa yang ada di dalam hatinya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com