Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 19 September 2014

Apa perasaan anda sewaktu melangkah ke tempat kerja?...

Adakah anda :

Suka - sebab :

* dapat bertemu kawan-kawan

* dapat lari dari masalah di rumah

* dapat meneruskan kerja yang anda suka

* dapat menunjukkan kebolehan anda kepada ketua dan rakan-rakan sekerja

atau... dapat apa lagi agaknya?...

Benci - sebab :

* menyampah tengok muka teman sepejabat yang tak sehaluan

* tak suka kena hadir mesyuarat dan jadi pencatat minit

* balik-balik buat kerja yang sama - langsung tidak memberi perkembangan minda

* asyik-asyik kena arah sedangkan orang yang mengarah tak tahu apa-apa

atau... sebab apa lagi agaknya?...

Tiada perasaan - sebab :

* Hendak tak hendak kena pergi kerja juga, kalau tidak nanti tiada gaji.  Bila tak ada gaji, nak makan apa dan macamana nak bergaya...

Niatkanlah kerja kita sebagai ibadah, mudah-mudahan kita beroleh keberkatan...

Mari sambung baca DI SINI.   

Sedikit petikan  :  Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud;

“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

24 ulasan:

  1. Ok. Cuma kekedang mnyamph sebab ada bos yg malas.bencik sbb sy lembut hati. Yess boss je tau.huhu

    BalasPadam
  2. Betul tu KakCik. Kena rasa pergi kerja sebagai ibadat. Nanti dapat pahala dan di berkati.

    BalasPadam
  3. Apa pun memang nak gaji cuma selalu pujuk hati ini juga adalah ibadah...

    BalasPadam
  4. sy ok je..sbb stkt ni xde mslh dgn rakan sekerja..bos pn ok :-D so hepi

    BalasPadam
  5. kak, saya mmg dah lama hasrat nak berhenti keje sbb memandangkan saya duk kat klang tp keje kt KL...pagi2 nak g keje mmg berat hati tp kena gagahkan diri dan ikhlas sbb itu sumber rezeki kan..takut nnt gaji yg dpt tu x berkat....

    BalasPadam
  6. anggap ianya satu tanggungjawab dan ibadah

    BalasPadam
  7. dgn niat yg ikhlas ianya satu ibadah walaupun kdg2 mcm2 ragam org kat office...yg penting sabar dgn ujian tersebut..:-)

    BalasPadam
  8. Sebab utama nak menunaikan fardhu kifayah... tapi kita ni manusia, kekadang ada masa down skit, ada masa takde perasaan, ada masa happy sesangat....

    BalasPadam
  9. Berutunglah seseorang itu seandainya melangkah ke tempat kerja dengan niat semata2 kerana ALLAH...niat yang betul pasti ada keberkatan dariNya..

    MOga kakchik sihat dan happy2 selalu
    :):):)

    BalasPadam
  10. Rasanya lebih banyak benci dan takda perasaan sekarang ni sebab dah lama sangat bertapa di tempat kerja sekarang. Tapi dah namanya kerja itu ibadah, haruslah bekerja dengan tekun juga walaupun kadang-kadang niat tu tersimpang jauh :)

    BalasPadam
  11. 50 : 50 ada kala suka ada kala x suka... ;-)

    BalasPadam
  12. Saya ditmpt kerja ni dah 12 thn kak...sbb utama saya disini adalah kerana BOSS saya..disini tiada tekanan kerja yg melampau...biarpun gaji kecil saya hepi disini...rakan sekerja pun tidak ramai..jd bila tak ramai..tak byk masalah...makanya selagi BOSS saya terima saya disini...sehingga itulah rezeki saya disini....

    BalasPadam
  13. dulu ada sorang kakak senior di tempat krja
    selalu dia pesan sambil buat kerja sambil berzikir
    mudah-mudahan jadi ibadah yang diberkati :)

    BalasPadam
  14. betul gak tuh kak.. kena selalu buat peringatan utk diri sendiri.. huhu

    BalasPadam
  15. dah lama saya tak bekerja.sampai dah lupa apa perasaan nya bila tiap kali nak melangkah ketempat kerja..

    BalasPadam
  16. Adakalanya happy kat office.. adakalanya tak tapi semua tu memberikan pengalaman buat diri saya dalam berurusan dengan orang lain.

    BalasPadam
  17. ecehhh ecehhhh...mentang2 lah dok rumah dah la ni....hahahahaha

    BalasPadam
  18. Tempat bermain lagi dikenang, inikan pula tempat kerja yang dah berpuluh-puluh tahun 'jatuh' di sana...

    BalasPadam
  19. Ada hari ok... ada hari macam dipaksa pergi perang!! :)))

    BalasPadam
  20. CT tak kerja lagi tapi jadi guru ganti sekarang ni. maybe sebab CT suka jadi cikgu jadi hati tak rasa terbeban nak pegi kerja. i love my students dan persekitaran sekolah. bila dah jadi guru tetap nanti tak tahulah macam mane..

    BalasPadam
  21. SA kadang2 seronok dan x sabar nk pi kerja..jumpa kawan2 maybe sebab environment fan kawan2 jenis peramah...tp kalau ada problem kat tempay keja jd x best...hihihi...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com