Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Ogos 2014

Rahsiamu ceritakan padaku, rahsiaku jangan kau cuba-cuba hendak mengambil tahu...

...pernah tak anda berjumpa dengan kawan yang begitu?

Dia tidak akan senang duduk selagi tidak dapat mengorek rahsia atau cerita orang lain.   Semua hal dia hendak tahu.  Sampaikan anak kita dapat berapa A dalam peperiksaan pun mesti dia kena tahu dulu!  Apatah lagi hal-hal lain seperti suami kita kerja apa, rumah kita harga berapa, kereta kita jenis apa...

Tapi sebaliknya,  kisah dia sendiri ditutup rapat-rapat.  Bukan orang hendak tahu sangat kisah peribadi dia,  namun dek sikap kepoh dan suka ambil tahunya itu, menyebabkan orang akan tertanya-tanya juga.

Jangan,  janganlah kita menjadi orang yang suka ambil tahu pada perkara yang tiada kena mengena dengan kerja mahupun kehidupan kita.

Jagalah keluarga dan rumahtangga kita sendiri.   Banyak kekurangan yang boleh kita perbaiki.  Hal peribadi dan rumahtangga kawan kita biarlah mereka uruskan sendiri.  Kita pun bukan pakar dalam segala hal.   Mungkin kita boleh menjadi angin yang meniupkan berita untuk orang lain tahu sama masalah kawan kita, tapi faedahnya apa?

Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN...

13 ulasan:

  1. kat mana2 spesis ni wujud kakcik..dok siasat semua orang, sampai pakai barangan pencuci muka apa pun dia nak tahu kalau tengok muka orang lawa sangat, hee

    BalasPadam
  2. ramai yg juga jaga tepi kain orang lain.... tapi kalau buat hal sendiri dikatakan sombong atau tidak bersosial pula.

    BalasPadam
  3. skrang ni dah byk media massa cth FB, twiitter,what apps dll, kekadang ia mengundang gini la. org nak tahu pasal kite. jd mereke stalk la fb ke... kalau nk direct lg , guna what apps.. kekadang malas gak nak jawab kalau tny detail sgt.

    BalasPadam
  4. Ada pulak dgn tak malu semua kisah diri nak dipaparkan sana-sini Kakcik.
    Macam-macam ragam manusia..

    BalasPadam
  5. Jgn suka korek rahsia orang..Insya Allah , Allah tutup aib kita

    BalasPadam
  6. Saya selalu berpegang kepada prinsip 'rahsiaku rahsiamu'. Sebagaimana kita tak nak berkongsi rahsia kita, janganlah pula kita sibuk meneropong rahsia orang lain...

    BalasPadam
  7. Kalau dengan orang macam ni, saya seboleh mungkin elakkan diri.

    BalasPadam
  8. salam kakchik
    kaum lelaki sama juga kak...banyak mana RM dapat, bercuti ke mana? dapat duit dari celah mana..
    tapi yg pelik kisah hidupnya 'ditutup rapat'
    adakah kisah hidup kita yg kita yg tak pandai jaga ,,huhuhuh

    BalasPadam
  9. Cubalah ada rasa malu sedikit kan kakcik...cuba tanya diri tu..suka tak kalau org lain tanya2 perihal peribadi kita...tak suka kan.....itu pun tak boleh nak pikir..huhhhh!!!!

    BalasPadam
  10. Saya selalu pesan pada diri saya sendiri supaya jgn masuk cmpur urusan org.... jaga diri kita sendiri dan keluarga...

    BalasPadam
  11. usah dilayan orang macam ni..tp pelik depa ni ada je di mana2..huhu

    BalasPadam
  12. Sy tak suka korek cite org. Klu org tak nak bgtau, nanti sy malu sendiri pulak. Hahahahah! Sy pun tak suke nak cite psl hal rumahtangga sendiri. Benda remeh. Tak berbaloi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com