Kawan-kawan kakcik

Isnin, 11 Ogos 2014

Pahit manis di sepanjang jalan kenangan...

...mari kita cerita yang agak pahit dulu kerana mungkin boleh dijadikan pengajaran agar ianya tidak kita lakukan...

- bila kawan kita tak mahu menyertai kita makan-makan secara berkumpul di meja kerja di luar waktu makan, janganlah disindir-sindir.  Mungkin kita bahagia bergelak ketawa tapi kawan kita lebih senang untuk menyiapkan kerjanya

- bila kawan kita membaca pelbagai jenis suratkhabar/majalah sebaik tiba di pejabat dan belum masuk waktu kerja, jangan pula kita pandai-pandai ambil bahan bacaan itu tanpa bertanya apa-apa hanya kerana kita beranggapan ianya milik pejabat yang boleh dikongsi sesuka hati sedangkan kawan itu mengeluarkan duit sendiri untuk membeli...

-  bila kawan kita suka menyendiri,  kita pula jadi sakit hati dan diumpat begitu begini.  Jangan buat begitu.  Kita tak untung apa-apa dan kawan kita itu pun tak rugi apa-apa...

Selepas berumahtangga,  pesan suami kepadaku 'jangan bergaduh di pejabat.  Masa kita di pejabat lebih lama.  Sanggup ke tengok muka orang yang kita bergaduh itu setiap hari?  Tapi, kalau nak bergaduh juga, pergilah sendiri ke pejabat. Saya tak akan hantar.  Saya malu kalau orang nanti akan kata - isteri dia tu kaki gaduh'

...opssssss... nanti kita sambung bercerita lagi...

16 ulasan:

  1. kakcik,
    banyak banyak ragam manusia yg ada di pejabat yg perlu kita lari berkilometre darinya adalah penyampai....

    BalasPadam
  2. Bagus pesanan Abg Bob tu kakcik..
    Adab2 bersosial di ofis..kita kena tahu

    BalasPadam
  3. setuju tu bonda...itu penyakit yang menjadi kelaziman masyarakat kita sekarang ni

    BalasPadam
  4. huhu...kadang kala kena gak gaduh, bila ada yang dah melampau.. err tu saya penah buat...pastu kena la pulak usaha, mintak maaf peluk cium.. ngee..

    BalasPadam
  5. saya bersyukur sangat2 kak cik
    ofis saya nie hanya ada 3 org staff sahaja
    saya, bos dan seorg staff lelaki
    ini lah bahagian saya....wlpn gaji kecik tp saya terhindar dr perbuatan mengumpat di pej

    BalasPadam
  6. Suami kakcik kata tu betul. Kehidupan harian kita di pejabat lebih panjang kalau bermasam muka siapa yg susah...

    BalasPadam
  7. btul kakcik..kalau bergaduh di opis....susah nak bekerja..lagipun saling perlu memerlukan....kadang mesti juga kena berurusan hal² berkaitan opis..

    BalasPadam
  8. bila blogger nak buat open house lagi di N9 atau bangi?

    cukup2lah sedih ngan mh17 n 370...

    orang hidup perlu teruskan kehidupan mereka

    BalasPadam
  9. salam kak
    kadang2 opismet yg lelaki pon banyak ragam yang negatif amat, memang boleh undang gaduh. saya pon pernah naik angin dengan sorang pakcik yg dulu, saya terpaksa pergi ambil ambil wudhu sebab nak elakkan pergaduhan besar..

    BalasPadam
  10. ermm macam-macam kisah kan kalau di ofis ni
    saya sempat la merasa 2 tahun kerja di ofis kerajaan
    banyak kenangan manis tapi rezeki takat tu je
    lagipun jawatan kontrak,

    BalasPadam
  11. Saya lebih suka berdiam diri bila di pejabat. Lebih suka berada di tempat sendiri dari berjalan ke tempat orang tanpa tujuan.

    BalasPadam
  12. Dari pengalaman saya lazimnya yang suka gaduh2 tu ialah perempuan. Lelaki biasanya tak suka ambik pot hal2 kecik, jadi jaranglah tengok lelaki bergaduh, kecualilah lelaki yg hormon wanita di dalam batang tubuhnya terlebih sikit....

    BalasPadam
  13. Sejarah hidup saya belum pernah saya bergaduh dengan kawan pejabat cuma bab kecik hati tu biasa la. Kita simpan dan melihat diri kita balik akan segala kelemahan dan kekurangan.

    Bergaduh di opis sebenarnya menyusahkan bukan saja diri sendiri, tapi juga kawan lain terkena tempias sama. Leceh!

    BalasPadam
  14. Thanks for the reminder kak. Walaupun saya tak kerja lagi. Tapi saya juga seboleh-bolehnya tak mahu berlaku macam tu. Mohon jauhkanlah sifat suka gaduh2 ni.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com