...bila diajak ke kantin, kau kata kau dah kenyang...
Bila kawan bawa balik makanan, kau terjenguk-jenguk dan kata 'nampak sedap, nak rasa sikit'. Sebab 'malas nak cari gaduh' sudahnya kau yang makan, kawan kau terkulat-kulat melihat. Sekali dua kali mungkin boleh bertahan lagi, tapi kalau dalam seminggu tiga kali kau ulang perilaku begitu, taukeh balak pun jual lori!
Benarlah dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Tapi dalam rezeki orang lain itu ada rezeki siapa pula?
Seperkara lagi, kalau mengirim bila kawan ke kantin, pandai-pandailah kirimkan duit sekali. Berkali-kali juga kau lupa atau buat-buat lupa untuk membayar harga makananmu.
Kita sama-sama bekerjalah kawan. Gaji kita ada bahagian masing-masing untuk dibelanjakan. Takkan kawan kita terpaksa masukkan dalam senarai bulanan gaji yang diterimanya 'belanja kantin kawan - RM50.00'.
Jangan buat kepada orang lain apa yang kita tak suka orang lain buat pada kita.
Ada faham?
Catatan di atas adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN.
emm, siapa yg kena ;)
BalasPadamsalam kakcik
hihihi... selamat hari raya kak cik
BalasPadamselamat hari raya
BalasPadambetul tu kak cik.....
BalasPadamkalau sekali sekala boleh terima..kalau dah selalu sgt...
takut tiada keberkatan dlm hidup nnt
betul tu kak...memang ada orang macam ni..bila ajak tak mau tapi tak malu pula mengendeng
BalasPadamSalam Aidilfitri Kakcik..mcm2 ragam org kan..sbr ye Kakcik :-)
BalasPadamLama-lama kawan pun boleh pokaikan macam ini Kak Cik.
BalasPadamDimana rasa malu tercicir..dimana rasa segan dtinggalkan...sekali dua kawan ikhlas ..tiga empat bagaimana....Sepanjang jalan kenangan yg pasti terpahat dibenak hati kakcik sepajng hayat ...
BalasPadamAgak gak org berperangai begitu...setakat bertugas ni x pernah jumpa lagi...
BalasPadamAduhai. Sendiri mau ingat la.
BalasPadamdia nak save bajet ke ape ek
BalasPadammacam2
kena buat selamba..kalau mengirim tu..dah bagi makanan terus minta "bak duit sini"....sekali belanja ok la..kalau dah berkali² tu....kena terus-terang saja..
BalasPadamfaham mak
BalasPadamrm50?
BalasPadamsikit je tu... tak luak pon gaji...
Ada juga orang macam tu. Tu yang buat kita kadang-kadang jadi tak senang juga. Semoga kawan itu beringatlah. Tak kan semua benda nak free je. Kena ingat susah orang lain juga. Reminder untuk diri ini juga.
BalasPadamsalam kakcik
BalasPadamsusah kan..sama jek ngan kaum lelaki, kalau makan ramai2 bila masa nak membayar sorang sorang buat hal..jawab call la, pergi tandas la...kluar isap rokok la..sape dulu bayar dia kena 'pow' hakhkahak
Eiiii adakan perangai member macam tu, kadang tu biler nak keluar lunch pun rasa nak hilangkan diri je..
BalasPadampeliknyerlah perangai..muka tak tau malu (T T)
BalasPadamkenyang kawan tu ya... urmmmm...
BalasPadambetul tu Kakcik.. sy selalu sebut pasal rezeki tu, contohlahhh.. kalu duit kita kena curi.. orang kata takde rezeki.. jadi, rezeki pencuri tu ke??? urmmm...
Kakcik boleh bukukan siri kenangan ni...hihihih
BalasPadamLepas tu bagi kat staf2 yg tinggal..moga ambil iktibar :)
As-salam kakcik..
BalasPadamalah bisa tegal biasa agaknya, sampai diri dah tak rasa apa bila orang lain asyik terkena.. kesian pada yang teraniaya..
Adeh, ada jugak org mcm tu...emm, xada perasaan malu ke dia.
BalasPadamsalam Syawal kakcik, masak kalau macam tu selalu, kirim dengan air liuq je kan, macam2 perangai manusia ni..
BalasPadamAda juga manusia spesis itu di planet bumi ini erkkk??? Agaknya orang itu dilahirkan tersilap planet kot...?
BalasPadamfaham....errrr rm50 tu banyak ke sikit? :)
BalasPadamElok diluahkan terus begini kan? Sampai bila nak pendam jer. Syukur, jarang saya jumpa kengkawan kerja yg begini. Mungkin masing-masing malu mengirim. Sebab ada yang terus sound, “kirim air liur jer, sori!”
BalasPadammemang ada manusia jenis begini..kalau saya sekali ok lagi tapi kalau berkali-kali buat2 lupa nak beli le...
BalasPadam