Kawan-kawan kakcik

Rabu, 27 Ogos 2014

Nombor akaun pencen tu nombor akaun pencen laaa...

Itulah jawapan dari seseorang yang aku telefon untuk bertanyakan apa itu akaun pencen.

Kalau jawab macam itu, tak payah sekolah dan bekerja di pejabat, sesiapa pun boleh jawab.

Aku cuma hendak tahu sama ada nombor akaun pencen itu sama dengan nombor akaun bank atau adakah ianya sama dengan nombor fail pencen.

Apalah salahnya jawab 'nombor akaun pencen adalah nombor yang diberi untuk pesara.  Ia tidak sama dengan nombor akaun bank.  Nombor akaun pencen itu adalah untuk...........' 

Sakit hati tau dapat jawapan bodoh dan sia-sia yang diberi sambil gelak ketawa.  Kalau tak tahu, jawab sahajalah 'saya tak tahu sebab saya malas nak ambil tahu walaupun saya bekerja di bahagian ini'.

Kalau dapat jawapan macam itu, senang orang nak buat aduan ke pihak atasan.

Hmmmmm... Entahlah labuuuuu...

22 ulasan:

  1. orang tu tak patut kerja di situ
    elok buat aduan
    kalau tak memang tak kan berubah

    BalasPadam
  2. mana mana pun mesti ada pekerja gitu...yea laa labiiii...

    BalasPadam
  3. Sy pantang jugak dgn soalan dan jawapan bodoh. Hangin jawabnya..

    BalasPadam
  4. alahai... malu lak rasa sbb yg jwb tu comfirm org gomen kan kakcik

    BalasPadam
  5. Maafkan dia sebab mungkin hari itu hormon orang itu kurang stabil kot atau wayar di otaknya blackout seketika....

    BalasPadam
  6. salam kakcik
    ambil nama kakcik...nanti² call lagi tengok apa jawapannya..kalau sama, memang sah dah perangaiinya macam tu elok buat aduan..kalau jawapannya elok..fikir positif dan maafkan dia.mungkin ada aura negatif :)

    BalasPadam
  7. standard jawapan tu kakcik...dorang ni keja tak ikhlas kot....

    BalasPadam
  8. Org selalu nasihatkan "Prasangka yg baik2" sudah..belum kena kat btg hidung sendiri..jika sendiri yg mengalami tahulah betapa kecewanya hati...rata2 yg menanyakan soalan pencen ni kompom2 dah lebih usia dari org yg menjawab pertanyaan ...Budi Bahasa itu jiwa Bangsa...

    BalasPadam
  9. Sian mak.. Hurm kita ni bila tny mestilah mengharap persoalan diminda ni terjawab kan.. Jwb je lah saya tak tau. Kan senang.

    BalasPadam
  10. di umur persaraan ni ( tak best guna perkataan pencen. macam tua sangat ), memang emosi agak sensitif sikit. tak boleh sangat terima lawak bodoh...

    IM ada terima sms dari kawan sekerja yang mengusik IM surun bangun pagi-pagi tebas rumput la.. pi kedai kopi la... IM tak layan...

    macam la kita ni tak ada kerja lain membuta hingga tengahri... grrrr...

    BalasPadam
  11. Biasa lah tu KC Seroja.....selain bagi jawapan macam tu, ada jugak yang depa tolak kita sana sini, A kata jumpa B, B kata itu kerja C. Bila pegi jumpa C dia akan pandang kita dengan blurrrr.....

    BalasPadam
  12. Pekerja tu..macam yg saya tulis kat FB kakcik, mmg patut dipencenkan! hahaha

    BalasPadam
  13. saya pon menyampah bila orang memperlekeh soalan..dah kita tanya sebab tak tahu..jawapla elok2.huhu

    BalasPadam
  14. Kalau dia betul2 ikhlas bekerja dia akan jawab elok2 kak ... ni jawab nak senang je adehhh...sabar je la..

    BalasPadam
  15. main2 je jawab bila orang tanya...tak profesional langsung..

    BalasPadam
  16. Yelahkan KC...kita beriya nak tahu tetiba mereka jawab sambil lewa...
    Kasi lempang jer sekali KC...hehe

    BalasPadam
  17. jawapan yang tak membantu..kan boleh dijawab dengan jawapan bukan dijawab dengan soalan..haihhh

    BalasPadam
  18. Orang nak nak tahu no. akaun pencen lah, balik-balik dia tanya kita balik apa no. bersara kita. Apalah punya sistem?

    BalasPadam
  19. Terima kasih untuk maklumat yang bermanfaat. Sorry, tapi bapakku ni pesara jadi banyak urusan mahu urus bukan macam orangnya masih kerja senang sikit. Apa2 pun aku belajar jauh dan mungkin balik setahun sekali jak sebab tiket ke sabah/sarawak kalah2 tiket ke luar negara

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com