Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 Ogos 2014

Hanya 3 hari sahaja lagi...

...hari ini aku bercuti - cuti terakhir yang layak diambil sebelum bersara sepenuhnya pada 1 September 2014.

Hanya ada tiga hari sahaja lagi mulai esok (Rabu = 27/8/2014) hingga hari Jumaat untuk aku duduk di kerusi pejabat.  Selepas itu semuanya hanya akan tinggal kenangan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan hidupku selepas ini.  Aku belum mempunyai apa-apa rancangan khusus.  Suamiku menyediakan sebuah meja lengkap dengan komputer untuk memudahkan aku berblog, katanya.

Selain itu, aku juga berharap dan merancang untuk melakukan perkara-perkara yang dapat mendekatkan diri dengan Penciptaku sedaya mungkin.  InsyaAllah.

Kita merancang, namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita...


'Pejabat baru' yang disediakan suami untukku...

22 ulasan:

  1. semoga segala urusan dipermudahkan.. amin,
    singgah pagi

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala perancangan kakcik

    BalasPadam
  3. Oh... kakcik bersara awal ye.
    Mesti kawan-kawan pejabat sayu nak berpisah..

    BalasPadam
  4. Semoga segala urusan akan dipermudahkan...

    BalasPadam
  5. assalammualaikum
    ibarat masuk ke 'alam' baru
    moga kakcik diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan oleh ALLAH segala urusan kakcik dan bangcik

    BalasPadam
  6. mak... pejabat baru mak ade nak pakai kerani tak

    tukang taip blog pun bolehhh

    nnt call saya kalu ada kekosongan ye

    hehehe

    BalasPadam
  7. Banyak perkara boleh di buat walapun duduk di rumah, mahu dengan tidak je kakcik di zaman serba moden ini.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah k.cik..
    moga dipermudahkan..
    lps ni blhla berehat..pegi kelas agama..tanam bunga..
    mesti seronok habis msa kat rmh..

    BalasPadam
  9. Selamat bersara kak cik..saya lg tiga hari nak 'bersara' selama tiga bulan..hjg minggu ni dah kena 'check in' dekat wad hospital..baby dah over due dalam perut. doakan semoga selamat semuanya.

    BalasPadam
  10. Selamat bersara kak cik.... Semoga di permudahkan semua urusan .
    Seronokkkk je bila dh ada byk masa di rumah kan. :))

    BalasPadam
  11. Elleehhh... bejabat yg suami sediakan tu, sebenarnya suami yg nak pakai...! tau sangat!

    BalasPadam
  12. Selamat bersara Kakcik.. Duk umah pun masih lagi boleh berblogging. dan bertenetkan.. so tak putus sillaturrahim antara kita.. :)

    BalasPadam
  13. Harap kakcik tidak mengambil masa panjang untuk sesuaikan diri dengan dunia baru persaraan yang kadang-kadang lebih mencabar dari zaman berkerjaya di pejabat,,,

    BalasPadam
  14. Best tau bila dah bersara, dunia kita punya, ikut suka hati nak buat apa ( yang patut ) , kita tak terikat dengan hari dan masa!

    BalasPadam
  15. Best betullah KC ni...sambil sambil berblog sambil beribadat sambil layan cik abe ye KC hehe...
    Salute le ngan KC ni tau...

    BalasPadam
  16. kak cik nak bersara dah?semoga dipermudahkan segala urusan kak..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com