Kalau asyik berkepit sampai tak jadi kerja memang itu cari nahas namanya.
Yang menjadi masalah, bila suami orang bercinta dengan isteri orang. Bermula dengan kononnya 'hanya bercerita kisah biasa' akhirnya meleret-leret kepada kisah luar biasa. Pantang ada waktu terluang, walau hanya duduk sebelah meja, sibuk bertelefon sesama sendiri.
Jangan, jangan buat begitu. Kadangkala alasan kita kononnya kawan sejantina tidak memahami kita. Lebih baik bercerita dengan yang berlainan jantina. Akhirnya, bila dah sering bercerita, dari biasa-biasa, terbit pula rasa cinta.
Habis tu, rumahtangga yang sedia ada dan tiada pun masalah apa-apa macamana pula jadinya?
Elakkanlah perkara begini dari terjadi. Bukan hanya tidak elok di mata manusia, ianya juga hanya membuat kita menempah tiket yang bersimpang jalan menuju ke syurga...
Pintu taubat memang sentiasa terbuka tapi kita juga tak tahu berapa lama masa yang kita ada.
Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN
Bahaya jika jadi macam ini. Bagus sekiranya ada sesiapa yang "mereka" rasa hormat tegur salah seorang dari mereka. Ingatkan balik tentang Allah dan tangungjawap mereka kepada keluarga mereka. Harap mereka boleh berubah sebelum terlambat.
BalasPadamsetuju sangat kakcik..
BalasPadammoga mrk diberi petunjuk dan kembali ke pgkal jalan sblom terlambat
BalasPadamFenomena biasa skang ni mak. Suami ngan isteri org. Pompuan bujang ngan suami orang dah yg sewaktu dengannya. Kalau kuat iman, inshaa'allah semua dugaan dapat ditepis. Kalau tak kuat iman, memang mengundang derita bagi pihak yg satu lagi tu.
BalasPadamBak kat ustazah siti nor bahyah:
'Suami jangan mendengar rintihan dari mana² wanita yg bermasalah. Begitu juga isteri jangan mendengar luahan dari mana² lelaki yang bermasalah kerana bimbang akan terbuka pintu² kecurangan'
Terjatuh cinta dengan budak opis sebelah pejabat 12 tahun yang lalu sekarang dah bahagia dengan dikurniakan 3 cahaya mata...hahaha..
BalasPadamDulu akak-akak senior selalu cerita pasal percintaan terhalang terjadi kerana Induksi terlalu lama...tapi setakat ni tak pernah dengar lagi kawan-kawan saya terlibat dengan cinta terhalang ni...
Semoga dijauhkan....
Kat opis lama dulu ada jugak kes macamni, tapi tak tau lah takat mana hubungan mereka, sebab selalunya time kerja dah petang2 tuh diorg bergayut ngan tepon jer memanjang. Pagi dtg sama2.. petang balik sama2.... tapi tak lama lepas tuh salah seorangnya pindah kerja tempat lain, tak tau lah sekarang camna
BalasPadamBetul tu Kakcik..antara lelaki dan ppuan akan ada yg ketiga..yg bertanduk tu..:-)
BalasPadamminta dijauhkan ..
BalasPadamsetuju 200% kak..memang ni juga pesanan saya selalu beri kepada suami saya juga yang dititipkan untuk diri sendiri. Jauhkan urusan yang tak perlu dengan wanita/lelaki(bukan mahram) tak kira sudah berpunya atau belum. Semoga terhindar drp melakukan dosa (^_^)
BalasPadammacam mana rasanya bercinta sepejabat eh? macam best je? hehe
BalasPadamJauhkanlah dari wujudnya perasaan itu. Ingatlah mereka yang lebih penting dalam hidup.. ;)
BalasPadamtula kakcik...byk sekarang dengar perkara macam ni..minta dijauhkan dari kita semua..
BalasPadamtanpa sedar dah melukakan isteri atau suami masing2.. huhu
BalasPadamTakde la kes mcm ni kat ofis.
BalasPadamKalau semua kita ingat kata-kata "Allah melihat apa yang anda buat", kes seperti ini tak akan terjadi...
BalasPadamJangan bermain api kelak membakar diri :()
BalasPadamnauzubillah,
BalasPadamkenapa lah ada fenomena macam ni kan
di opis saya bekerja ni pun sama kak cik, dah bercerai berai pun 2 belah pihak dan sudah berkahwin, semoga berkekalan ke akhir hayat, tp kasihan mengenang nasib si bekas isteri dan anak2 mereka
BalasPadammasalah macam ni ada kat mana2 je mak..especially opis SA...memang ada...sampai makan minum pun di tanggung...entah la...
BalasPadamSelalunya, kita boleh bercakap sebab hal begitu belum menimpa ke atas diri kita. Kalaulah kita yang terlibat. Teramat suka pada seseorang walaupun kita sendiri dah berkahwin?
BalasPadamSebab IM dah mengalaminya sendiri. Adik IM juga dah terlibat. Jenuh juga nak perbetulkannya.
Pertama kali saya singgah di sini, saya suka entri2 dalam blog ini. Berkenaan isu "Jangan Jalin Hubungan Cinta Di Pejabat", pesanan saya, setiap hari sebelum pergi bekerja niat dalam hati, 'sahaja aku keluar pergi bekerja kerana Allah Taala". Allah sentiasa berada di atas mengatasi segala-galanya sebagai perisai dalam setiap tindakan kita.
BalasPadamI like to follow this blog :)
bukan main banyak komen bila bab isu gatal nih. lol
BalasPadamdosa sedap dibuat sebab setan tipu manusia dengan buh perencah lazat :-(