... bisikan di hati aku sendiri tidak mengerti...
- ada sayu
- ada lega
- ada rindu
- ada suka
Lebih tiga puluh dua tahun sebagai pekerja
akhirnya aku mengundur diri sebelum dipaksa bersara...
aku akan pergi
bukan meminta untuk ditangisi
kerana selama aku di sini
tiada sesuatu yang boleh dikatakan sebagai bakti
apa yang kubimbangi
andai ada hati yang tinggal pernah kusakiti
dan aku terus sombong dari meminta dimaafi
kawan
dari diri dan hatiku yang serba tidak sempurna ini
kumohon agar langkah terakhirku di sini
kalian iringi dengan doa murni
bersama kemaafan yang tulus dari hati
agar tiada dendam yang tersembunyi
sama-sama kita akhiri waktu yang bersisa ini
dalam rahmat dan kasih Ilahi...
sedihkan nak tinggalkan tempat kerja yang berpuluh tahun tu..lepas nie dah jadi suri rumah sepenuh masa la ye bonda..boleh la jenjalan jb...ngeee
BalasPadamdah pencen ye kak.. selamat jadi warga emas ye. heee.. banyak kelebihan tu kak... apa2 pun sy dua'a the best for akak.. bahagia sentiasa.. boleh ada lebih masa utk cucu nanti.
BalasPadamgelisah dan curiga mengiringi tamatnya hari ini... walaupun itu yang dinanti... namun aku sendiri tidak pasti...
BalasPadamtiba2 pulak yer :D
Leganya! Syukur Alhamdulillah! Kakcik, hanya org yang penyabar je dpt habiskan selama bekerja dengan gomen ni kan? Huhuhu!
BalasPadambanyak kenangan
BalasPadamselamat menjalani kehidupan baru,bersara dari perkhidmatan,bestnya kakcik.
BalasPadamakak pulak yang rasa sedihnya kakcik
BalasPadamSelamat Bersara Kak..Tinggalkan semua kenangan pahit jauh disudut hati akk..ingati saat manis biarpun cuma sekelumit..melupakan mustahil mampu terbuat..Semoga lebih berbahagia dengan kehidupan tanpa kerjaya...Perancangan Allah selepas ini harap2kan adalah lebih membahagiakan yer kak...Doakan utk itu kakcik...Keep in touch dilaman bloq ini yer kak..jgn bersara pula menulis N3 disini...
BalasPadamSelamat bersara. Hidup ini memang umpama roda.
BalasPadamSelamat bersara kakcik.....
BalasPadamInsyaAllah..
BalasPadamPAsti ada hikmah dariNya..
Moga KakChikS memperolehi ketenangan dariNya jua...aaminn
Smile kakchikS...;)
Selamat bersara mak....akhirnya selepas sekian lama kan...mak dh boleh berehat dah..x yah pening2 fikir pasal kerja...
BalasPadamselamat bersara kak. saya jauh lagi perjalanan. ada lagi 25 tahun lagi utk berkhidmat.
BalasPadamkalu dana pun msti sayu rasa kakcik... rasa bercampur baur almaklum dh berpuluh2 thn keje kan.... moga kakcik dpt rehat n kekal sihat hendaknya
BalasPadamSelamat bersara Kakcik...masih banyak lagi tugasan lain yang perlu dibuat selain berkerja di pejabat.
BalasPadamLepas ni update dari rumah. Selamat bersara kakcik.
BalasPadamassalamualaikum kakcik...selamat bersara yer...:)
BalasPadamHari bersara wajib bermakna hari lahir. Happy birthday :)
BalasPadamselamat bersara kakcik..
BalasPadam