Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Ogos 2014

Bukan tiada keinginan untuk menghadiahkan diri sendiri...

...ada teman-teman yang bertanya 'setelah puluhan tahun bekerja tidakkah teringin menghadiahkan diri sendiri seperti pergi bercuti ke mana-mana'

Siapalah yang tidak punya keinginan begitu.  Pastinya aku sangat-sangat teringin. 

Tapi banyak perkara yang perlu ku timbangtara. Keperluan anak-anak lebih mendesak untuk diberi keutamaan.  Berapa pun usia mereka, sama ada sudah berumahtangga,  sudah bekerjaya mahu pun yang masih di alam persekolahan,  banyak kehendak mereka yang wajib kusediakan.

Seorang ibu seperti aku,  tak mungkin tega membiarkan anak-anak kesusahan sedang aku sendiri ingin bersenang-senangan.  Biarlah hasrat dan keinginan kupendam dalam-dalam.  Semoga Allah SWT mengurniakanku rasa bahagia yang tidak dibuat-buat bila melihat ahli keluargaku sejahtera dalam kehidupan mereka.

Semoga juga Allah SWT merahmati keluargaku dengan kasih dan sayangNya sentiasa.   Aamin.

15 ulasan:

  1. Betul la kakcik, mana ada orang taknak bercuti kan, tapi keutamaan pada anak2..Cuma kalau ada masa kakcik pun kena treat diri jugak yea...

    BalasPadam
  2. nak sangat hantar parents pg bercuti mana2, tp belum kesampaian. dah sampai masa parents pula yang bersenang2

    BalasPadam
  3. Selagi bernama ibu macam itulah jiwanya..

    BalasPadam
  4. kasih sayang seorang ibu...
    selagi masih ada nyawa..

    BalasPadam
  5. Kasih sayang ibu membawa ke syurga.. tak kira anak kecil atau dah besar kan kakcik..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakcik...yer betul tu kepentingan anak2 lebih utama dr diri kita sendiri..:)

    BalasPadam
  7. Kadang2 dalam satu rumah pun konsep bercuti tak sama. Misalnya isteri saya suka bercuti dengan kawan2 - dia ke Bangkok, Vietnam, Bali, Medan dan lain-lain dengan kawan-kawan. Konsep bercuti saya pula lebih suka pergi satu keluarga lengkap baru nak bercuti jauh-jauh. Sebab itu sekarang sukar nak bercuti sebab nak kumpulkan anak-anak untuk sama-sama bercuti agak susah kerana masing-masing ada komitmen pengajiannya yang berbeza....

    BalasPadam
  8. InsyaAllah, adalah rezekinya tu kakcik......Ibulah kasih ibu. tidak sanggup melihat ank2 susah.....sanggup berkorban apa saja demi ank2 w.pun terpaksa melupakan keinginan.

    BalasPadam
  9. InshaAllah mana tau ada peluang suatu hari nak berjalan pulakkan.

    BalasPadam
  10. tak pe kak cik... pengorbanan seorang ibu... Insyaallah.... nanti anak2 akan kenang

    BalasPadam
  11. Kebahagiaan itu bukan pada emas seguni, melawat North atau South Pole atau shopping in Timbuktu - Kebahagiaan ialah bila semua ahli keluarga Bahagia.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com