Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 Julai 2014

Rashidun Caliph Conference 2014...

Ini adalah catatan berjadual.  Untuk catatan terbaru, sila lihat di bawah catatan ini...


Sabtu (28/06/2014), bersama-sama dengan beberapa orang blogger, kakcik hadir ke NZ Curry House di Jalan Ampang.  Majlis ini dianjurkan oleh Tathweer Sdn Bhd dengan kerjasama Denaihati Network.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mewar-warkan Rashidun Caliph Conference yang akan diadakan menjelang sambutan hari Kemerdekaan Negara yang ke 57 pada 30/8/2014 nanti.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa
,
Antara Lembaga Pengarah Tathweer

Simbolik penyampaian tiket seminar

Barisan blogger yang hadir bersama Ahli Lembaga Pengarah

Seperti biasa, walaupun suamiku bukan blogger
tapi beliau lebih peramah dari isterinya.  ;-)
Entah apa yang disembangkannya bersama Dato' Jaafar.

Rashidun Caliph Conference 2014 adalah seminar sehari yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) membawa tema Past Experience - Future Lesson. Seminar ini akan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 malam pada 30 Ogos 2014.

Antara aturcara yang akan diadakan adalah ceramah agama/forum yang dibarisi oleh ahli panel tempatan dan antarabangsa - antaranya : Dr.Reda Bedeir , Shaykh Faisal Abdul Razak , Sheikh Abdul Hakeem Waleed dan beberapa orang ilmuan Islam lagi.

Orang ramai termasuk bukan Muslim adalah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Ianya bukan berkaitan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam semata-mata. Ia juga adalah bagaimana kita menerima Islam sebagai jalan dan panduan hidup.

Bayaran masuk adalah dikenakan sebanyak RM200.00. Walaubagaimanapun, bagi 300 pembeli pertama, tiket boleh didapati dengan harga RM150.00. Kunjungi thatweer.com untuk mendapatkan tiket anda. 

Jom beramai-ramai kita berkunjung ke seminar ini demi untuk mendapatkan ilmu dunia dan akhirat. Tidak banyak pun, mungkin sedikit dapat juga kita ilmu sebagai bekalan kehidupan di sini dan di sana. InsyaAllah.

12 ulasan:

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com