Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Julai 2014

Aku ada segenggam beras...

...kalau aku berterus-terusan meratapi nasib, beras itu tetap akan begitu juga
atau nanti ia hanya akan berkulat dan terus tidak boleh digunakan
kalau aku membandingkan dengan mereka yang punya seguni basmathi
berasku tak akan bertukar rupa dengan keajaiban yang tak pernah ada

Dengan segenggam beras
siapa kata aku tak boleh berbakti
boleh sahaja di jadikan seperiuk bubur
lalu kusedekahkan kepada mereka yang sedang kelaparan

Jangan harapkan balasan dan mengira-ngira faedah
cuma yakinlah dengan janji Allah
bahawa sedekah tidak akan menjadikan kita miskin
keikhlasan akan diberi ganjaran
bagaimana dan bila
serahkan sahaja pada DIA...

4 ulasan:

  1. setuju!!!!sedekah tu ada pelbagai cara..yg pnting keikhlasan.

    BalasPadam
  2. betul tu..tak kan miskin dengan bersedekah..
    dapat pahala dan menginfakkan harta

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Yg penting sedekah itu ikhlas, ikut kemampuan diri sendiri dan bukan dengan tujuan utk menunjuk2...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com