Sejak ibubapaku tiada lagi, Hari Raya bagi keluargaku hanyalah di Kuala Lumpur.
Selepas solat sunat Aidilfitri, suamiku akan merancang ke mana arah kami hendak pergi.
Tahun ini, kami mulakan perjalanan ke rumah besanku di Seri Kembangan. Selepas makan minum, tahlil ringkas yang dibawa oleh Along dan bergambar, kami bergerak pula ke kediaman Dato' Abdullah Al-Hadi dan Datin Aishah di Bandar Baru Bangi. Kali ini kami disertai oleh adikku sekeluarga.
Setelah menghuru-harakan hidangan di rumah Dato', kami bergerak pula ke rumah sepupuku di Jenderam, Sepang.
Balik dari Jenderam, ditakdirkan kami telah memasuki jalan yang salah untuk balik ke Cheras. Setelah berpusing balik, suamiku terperasan ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta kami. Brek kereta tidak berfungsi!
Perlahan-lahan, suamiku memberhentikan kereta. Angah turun dari kereta dan melihat ada asap pada tayar hadapan.
Allahuakbar! Ketentuan Ilahi membawa kami ke jalan itu. Jalan yang lengang dan berhenti betul-betul di persimpangan yang sama sekali tidak menghalang lalulintas.
Suamiku menelefon talian bantuan Toyota. Aku pula menelefon adikku yang telah lepas ke hadapan. Hanya Bangcik yang muat untuk ditumpangkan ke dalam kereta adikku.
Sementara menanti bantuan dari kereta tarik yang dihantar pihak Toyota, anak kepada sepupuku datang mengambil kami (kecuali suamiku) dan membawa kami pulang ke rumahnya dan kemudian menghantar pula kami balik ke Cheras.
Tak dapat dibayangkan andainya kereta kami itu hilang kawalan sewaktu kami melalui jalan sempit yang terpaksa menaiki dan menuruni bukit atau di tengah jalanraya yang sibuk.
Allah jugalah yang telah melencongkan laluan kami dan menjauhkan kami dari malapetaka. Maka, nikmat Allah yang mana satu yang hendak aku dustakan?
Duit boleh dicari, namun nyawa tiada galang ganti...
Setiap yang buruk tidak semestinya tidak baik untuk kita. Syukur semuanya selamat.
BalasPadamAlhamdulillah. :)
Padamolololo comelnya, siapa nama cucu akak
BalasPadamNamanya Muhammad Qaid Darwish. :)
PadamMemang syukur sangat. :)
BalasPadammasyaallah.. Allah dah pilih mak sekeluarga merasai pengalaman yang menunjukkan betapa hebatNya Dia kan mak?
BalasPadamAlhamdulillah, syukurlah semuanya selamat.
Selamat Hari Raya buat mak sekeluarga. :')
Alhamdulillah Tiqa....Allah beri peringatan pada mak dan keluarga tentang betapa berkyasanya Dia.
PadamSalam Aidilfitri Tiqa....
Alhamdulillah. DIA maha melindungi...
BalasPadamAlhamdulillah.perancamgan Allah sebaik.baiknya
BalasPadamselamat hari raya kak chik..maaf zahir batin dr saya juga.
psstt: tima ksih kak cik..
Alhamdulillah mak dan keluarga terlepas dari mara bahaya...menakutkan...tp kita harus syukur allah jauhkan dari malapetaka...betul mak...duit boleh dicari...
BalasPadam