...aku jadi rindu pada -
Mak dan pak (semoga roh mereka dicucuri rahmat) -
terdengar-dengar suara mak membaca ayat-ayat suci Al Quran.
terbayang-bayang pak menunggang motosikal pergi dan balik ke/dari surau.
terngiang-ngiang juga suara pak berleter sambil menyapu dan memerun sampah berselang-seli dengan suara mak yang bercakap terjerit-jerit kerana pak sudah hilang pendengaran...
Aku juga rindu dengan kehadiran imam-imam solat tarawikh (anak-anak belasan tahun dari sekolah tahfiz yang diambil oleh surau-surau berdekatan) yang menginap di rumahku sepanjang Ramadhan. Mereka berbuka dan bersahur bersama keluargaku.
Sewaktu aku dan suami ke pejabat dan anak-anakku ke sekolah, mereka tinggal di rumah dan menghidupkan rumahku dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran.
Kini mereka entah di mana. Hanya seorang dua yang masihku ingat rupa dan namanya.
Setelah Along dewasa dan berumahtangga, tiada lagi imam-imam muda bertamu ke rumahku sepanjang Ramadhan...
Dalam gambar di bawah adalah anak angkatku bersama Bangcik. Anak yang ini berusia 24 tahun (sebaya Angah). Baru sebulan balik dari Mesir setelah belajar di sana selama beberapa tahun. Sekarang bertugas di Seksyen 8, Shah Alam...
Peristiwa lalu jadi kenangan dan semoga kita mampu bertemu Ramadhan pd tahun ini.
BalasPadamassalammualaikum kakcik
BalasPadaminsyALLAH kalau dipanjangkan usia hari Ahad ni kita sambut bulan yg mulia itu. .jom kita masing2 mempertingkatkan ibadah :)
Bila ada ahli yg rapat ke masjid begitulah kakcik.
BalasPadamMana tahu tahun ini ada lagi 'anak/imam' baru tinggal dgn kakcik..
rindu bertamu lagi ye mak..
BalasPadamYg indah2 itu tetap terpahat dlam lipatan kenangan yer kakcik...
BalasPadamAlfatihah buat kedua arwah ayahbonda kakcik..
BalasPadamSelamat berpuasa kak...
Sedekahkan al fatihah buat mak dan pak kakcik. Smg rohnya tenang disana...semoga ada ramadhan lagi buat kita
BalasPadamkenangan indah kadnag-kadnag datang dan membuatkan kita senyum sendiri
BalasPadamhensem mak... kirim salam ye... >_<
BalasPadammuga ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita.
BalasPadamSemuga ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya. Al fatihah buat kedua arwah ibu dan pak kakcik..
BalasPadamSeronok bila solat tarawih bersama al hafiz kan kakcik.. merdu suara dorang..
BalasPadamAs-salam kakcik..
BalasPadamAlhamdulillah.. kenangan ramadhan yang indah.. semoga ramadhan kakcik dan keluarga akan terus indah hendaknya insyaALLAH.. selamat menyambut Ramadhan kakcik..
Asik terngiang-ngiang & terbayang-bayang tu tak ganggu ke tumpuan pada kerja...? Harap tidak lah kan...?
BalasPadamSemoga Ramadan akan datang Allah permudahkan kesihatan agar ibadah dapat dapat dilalui dengan sempurna...
BalasPadamSemoga Ramadhan tahun ini memberikan kenangan manis yang berlainan pula, Kak Chik. Insya Allah....
BalasPadamsalam ramadhan dan salam perkenalan
BalasPadamsalam Kak cik. baru first time singgah sini.
BalasPadamselamat berkenalan.
Memang di akui ramadhan meriah bila bersama mak dan ayah serta keluarga.
Berungtung mereka yang masih ada mak dan ayah.
Sebab saya sendiri pun yang belum masuk 3series tiada mak dan ayah lagi kerana menghadap Ilahi.
semoga semua arwah dicucuri rahmat hendaknya.
saya pun bakal beraya tanpa ibu buat kali pertama
BalasPadamal fatihah buat mereka ya kak cik
Rindu merupakan anugerah Allah, dengan Allah juga kita mampu melahirkan perasaan rindu tu..
BalasPadamApapun salam takziah ye kak.. Moga roh arwah dicucuri rahmat