Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Jun 2014

Mak, jangan buatku begini...

mak, aku kedinginan...
peluklah diri ini
atau setidak-tidaknya selimutkanlah aku

mak, aku lapar...
bukan makanan mewah yang kuinginkan
cukuplah seandainya perut ini dapat diisi
walau hanya secebis telur dan sesuap dua nasi

mak, hancing dan hanyir di sekelilingku...
bukan bilik seumpama hotel yang kuidamkan
kalau ianya bersih pun cukuplah buatku

mak, tadi ku terbau wangian
aku tahu mak sedang bersiap-siap untuk berpergian
aku juga terbau nasi
tapi tanganku kaku untuk menggapainya ke mulut ini

mak, kenapa begini kau perlakukanku...
bukan pintaku untuk menyusahkanmu
andai aku diberi pilihan
biarlah aku damai dalam dakapan Tuhan...

17 ulasan:

  1. saya tertanya2...takkan tiada sekelumit rasa keibuan...takkan siibu sendiri boleh menahan bau dari bilik si anak..takkan..takkan...!! bermacam2 takkan bermain di fikiran..

    BalasPadam
  2. Mendalam sungguh maksud nya tu kakcik.. Mengapa ibu jadi begitu ?????

    BalasPadam
  3. speechless..boleh menangis sendirian bila tengok rupa dia mcm tu kakcik...sedih sgt..:'(

    BalasPadam
  4. salam..
    mula² tak faham..lepas baca komen baru faham...ngeeeee

    BalasPadam
  5. MAKKKK!!!...itu yg masih disebutnya..dia tidak pernah lupakan ibu itu...hanya Ibu itu yg telah melupakannya....manzaliminya....Allah!!!...sayunya hati...saya menangis berulang kali...

    BalasPadam
  6. Semoa Allah terus memelihara dia....

    BalasPadam
  7. tak sanggup tgk video psl firdaus tuh kak... tak sampai hati nk tgk... naluri seorang ibu rasa sedih sgt... moga kite dijauhkan dr sifat gitu

    BalasPadam
  8. sayu hati baca entri akak ni...terbayang2 video tu & rsa nak nangis..

    BalasPadam
  9. yupp..setiap kali tengok mesti nangis coz akak ada adik yang seakan2 mcm tuh, cuma adik akak mmg emak jaga dgn baik, bersekolah sampai tamat ting 5 dan mak bagi pluang hidup sebaik yang boleh,.. kalau lah anak ni mempunyai ibu yang 'waras'...

    BalasPadam
  10. Ironinya, mak dia bergaya...ber FB

    BalasPadam
  11. X mampu SA nk baca terus2 mak...sedih sgt2

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.