Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 20 Jun 2014

Hancur luluh hatiku...

...bila akhirnya kutahu
segala yang kau taburkan adalah palsu

kau kata kau kasih
tapi hatiku kau racih-racih

kau kata kau sayang
namun jiwaku kau cincang-cincang

kau kata kau ambil berat
di masa yang sama kau tusukkan besi berkarat

kau suapkan makanan ke mulutku
bersamanya kau gaulkan racun bersatu

kini usah kau tanya lagi
hati dan jiwaku telah pun mati

usah berpura-pura menunjukkan simpati
kerana bagiku tiada yang tinggal lagi

hanyalah sisa-sisa waktu
membawaku hanyut untuk bertemu Yang Satu...

18 ulasan:

  1. assalammualaikum
    selamat hari Jumaat kakcik. moga hari ini membawa keceriaan & kebahgiaan pada kakcik dan semua.

    BalasPadam
  2. aduhhh... mengapa kau begitu tega sekali... :D

    BalasPadam
  3. salam bonda...sedih je puisi pepagi nie...

    BalasPadam
  4. sedihnya kakcik.... apa2 pun dana doakan yg terbaik bt kakcik

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat. Moga kakcik sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah.

    cantik susunan ayat tu... macam penulis lirik pulak

    BalasPadam
  6. Sedih dan sayu sangat bunyinya kak...
    Semoga masih lagi berbaki kekuatan
    Untuk akak terus berjalan
    Mengharungi segala dugaan
    Dengan tabah dan penuh keredhaan
    Semoga ada sinar harapan
    Mengembalikan semula keceriaan
    Sehigga akhir hayat dikandung badan

    InsyaAllah....

    BalasPadam
  7. Salam kak. Cam dalam je maksud puisi tu. Moga akk tabah menghadapi setiap yang berlaku.

    BalasPadam
  8. Kak....saya baca pun sedih. Sabar kak. Masih ramai lagi yang bisa jadi penawar, Insya Allah...

    BalasPadam
  9. Harapan kakak semua ini sekadar nukilan puisi utk dinikmati dan dijadikan renungan..

    BalasPadam
  10. Merontih syahdu kak...

    Biarlah ia berlalu, rawat jiwa semoga tidak ampuh.

    BalasPadam
  11. Aduhaii gerun nekcik membacanya Kakcik...

    BalasPadam
  12. harapannya.. yg patah kan tumbuh lagi, yg hilang akan berganti..mungkin lebih subur lagi..

    BalasPadam
  13. salam, jika hati telah dilukai, sukar untuk sembuh..teringat2 sampai bila2..

    BalasPadam
  14. Kita kuat bukan kerana kita tidak pernah rebah tapi kita kuat kerana kita mampu bangun dari rebah...bertabah dan take care sis.

    BalasPadam
  15. Puisi ni sgt2 kena pada diri SA yg ditinggal janji....sayu hati SA....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.