Kawan-kawan kakcik

Rabu, 21 Mei 2014

Panda oh Panda...

panda oh panda
kenapa engkau datang

macam mana aku tak datang
Malaysia panggil aku
Malaysia panggil aku

Malaysia oh Malaysia
kenapa panggil panda

macam mana aku tak panggil
rakyat hendak tengok
rakyat hendak tengok

rakyat oh rakyat
kenapa nak tengok panda

siapa kata aku nak tengok
anak aku pun tak sempat nak jumpa
anak aku pun tak sempat nak jumpa

anak oh anak
kenapa tak sempat nak jumpa

macam mana mak ayah nak jumpa
mereka sibuk bekerja
mereka sibuk bekerja

mak ayah oh mak ayah
kenapa sibuk bekerja

macam mana tak sibuk bekerja
sekarang ini duit adalah segalanya
sekarang ini duit adalah segalanya

duit oh duit
kenapa semua nak gunakan kau

macam mana tak gunakan aku
kau ingat panda tu tak perlu dibiaya ke
kau ingat panda tu tak perlu dibiaya ke?????

19 ulasan:

  1. assalammualaikum

    saya dengar RM32juta untuk kos sewaan = cukai = yang dibayar kepada CHINA sahaja...

    BalasPadam
  2. hahaha kretip la mak..juta2 tu..duit tu agih kat rakyat lagi bagus huhuhu

    BalasPadam
  3. saya terlibat secara tak langsung utk projek panda ni kakcik. Tangan buat kerja tapi hati memberontak. Kalau tak buat, tak dapat gaji pulak kan. Duit juta-juta tu sedekah pada fakir miskin di Malaysia ni lebih bermanafaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak, masa ni la terasa keikhlasan kita bekerja dicabar kan?

      Padam
    2. tanggungjawab kerja perlu kita laksanakan seikhlas hati
      apa nak buat
      kalau kita suarakan pendapat
      sampai takat manalah perginya

      Padam
  4. ni agaknye kerajaan kita nak amik hati orang China kot...sewa sampai jumpa kapal terobang pastu pulangkan balik.eh, tak kene mengena eh.. saya pun tatau ada panda kat mesia.. huuu..

    BalasPadam
  5. Panda oh panda..kan lebih kau tsk dtg. Duit juta juta tu buat biaya rakyat kat kampung..

    BalasPadam
  6. moga panda tu panjang umurlah hendakNYA.. kalau tak.. lagi rugi duit rasanya..

    BalasPadam
  7. macam mana tak gunakan duit
    panda duk perabis duit
    panda duk perabis duit..
    kita pulak yang kena berjimat
    kita pulak yang kena berjimat

    BalasPadam
  8. Nak komen takut kuar perkataan tak elok nnt..hati membara jer ni Kakcik....Byk sgt buat benda yg bukan2 Kerajaan ni...

    BalasPadam
  9. laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    kena bayar kerrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  10. syoknya nyanyi dgn lirik yg kakcik cipta...suka3x..
    bertuahkan jadi PANDA tu....adeh..sabar jelah.

    BalasPadam
  11. Kita yg majoriti senyap ni walaupun mulut tak bercakap, tapi hati tetap bercakap. Bagi yg layak mengundi hati mereka akan bercakap di atas kertas undi....

    BalasPadam
  12. InsyALLAH, pasti akan berjumpa si panda tu nanti..Kakcik, bak duit nak beli tiket g zoo!!

    BalasPadam
  13. sehingga hari ini masih hangat cerita panda
    tak lama lagi mesti tv berebut tayang movie kungfu panda
    hehehehhehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com