Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 Mei 2014

Jaga yang tidur...

Pagi ini aku sampai di pintu pejabat waktu jam menunjukkan belum pun pukul 6.15pagi.

Memang belum ada umat lain yang sampai kecuali pengawal keselamatan syarikat yang diupah. 

Aku tengok pintu masuk masih  berantai dan bermangga.   Tak apalah.  Aku tunggu dulu.  Tunggu punya tunggu, sampai hampir setengah jam masih tiada siapa datang buka mangga.

Aku pun berjalan ke pondok pengawal berhampiran pintu pagar utama.   Mengah juga aku dibuatnya.   Bila kena sergah (sergahan lembut je), pengawal itu boleh jawab 'belum buka? Sorilah...saya lupa'

Huhuhu... rasa macam menggelegak je darahku.  Mujurlah pagi Jumaat 1 Syaaban ni aku masih boleh beristighfar dan berfikir dengan waras!

15 ulasan:

  1. Saya juga suka tiba di pejabat awal, selalunya jika tidak nombor 1, antara orang ke-5 paling awal sampai. Seronok memulakan kerja awal, boleh buat persediaan untuk banyak kerja yang menimbun...

    BalasPadam
  2. sabar jela..awal kak cik pergi kerja..sy dh mula cuti..selamat bekerja ye kak cik!(^_^)

    BalasPadam
  3. Saya selalunya yg kedua sampai di opis kakcik..pintu mmg dah terbuka lah..kecuali kalau geng opis saya tu cuti..saya lah pula yg akan buka pintu...

    BalasPadam
  4. assalammualaikum..

    kakcik sampai awal yek..pukul berapa bangun tido, pukul berapa hidupkan enjin kereta utk ke opis...respect org sampai awal ke opis huhuhu

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik....awal sampai tu yg x buka lg agaknya...;)

    BalasPadam
  6. 30/5 = 1/8
    31/5 = 2/8
    1/6 = 3/8
    12 jun = 14 syaaban
    get ready baca yasin 3 kali berturut2 pada mahgrib 12 jun (khamis some more) agar berkat

    BalasPadam
  7. ok, sekarang cerita pasal jaga pulak

    dulu pernah saya hairan kenapa gate tak buka 6 am di kuarters kerajaan jalan dutamas kL.

    rupa2nya jaga wanita dengan sedap berpeluk ngan laki

    saya senyap je masa tuh

    dia pun bebel kata saya lak awal sangat

    sampai rumah saya teros email kat bpa

    then makcik tuh kena pindah tempat lain

    nak bermaksiat pun agak2lah

    6 am masih berdosa. tak puas2 lagi semalaman

    BalasPadam
  8. ehehe dia lupa tu.. ingat dah buka :)

    BalasPadam
  9. awalnye sampai opis kak..memang rutin camtu ye?

    BalasPadam
  10. Saya pun selalu sampai awal ke pejabat. Sebelum pukul 7pg dah sampai. Nak elak jalan jammed.

    BalasPadam
  11. bagus datang awal
    tapi pintunya tak buka lagi'sabo je lah

    BalasPadam
  12. kakcik..sy baru nk singgah setelah sekian lama tak jenggah kakcik :)

    BalasPadam
  13. kakcik..inilah yg dikataakan makan gaji buta. orang suruh jaga dia tidur..hehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com