Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 April 2014

Tubuh badan anak kita itu adalah aurat juga...

...jadi jangan sewenang-wenangnya melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah!

Sebenarnya apa yang kutulis di atas adalah sedikit sedutan dari rancangan Al Khawater di TV Al Hijrah yang kutonton menjelang waktu Maghrib petang semalam (20/04/2014).

Antara lain yang diperkatakan :

- boleh meminta pembantu rumah (atau mesin basuh) membasuh pakaian, tapi tugas memakaikan pakaian kepada anak-anak adalah tugas ibubapa.

Sewaktu memakaikan pakaian anak-anak (tentunya anak yang masih kecil), ibubapa boleh mengesan sekiranya terdapat sebarang 'cacat cela' di tubuh anak-anak.

- pembantu rumah boleh memasak makanan,  tetapi ibubapa hendaklah menyuapkan makanan ke mulut anak-anak.   Dengan demikian ibubapa boleh membina hubungan yang lebih rapat dengan anak-anak di samping boleh mengajar anak-anak membaca doa.

Sedikit pesanan :

Untuk mendapat ilmu yang nampak macam semua orang tahu tapi sering diabaikan,  tontonlah rancangan Al Khawater di TV Al Hijrah.   Mungkin lebih berfaedah dari menonton drama yang 'balik-balik itu juga jalan ceritanya'.

Wallahuaklam.

19 ulasan:

  1. Baik kakcik. Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak atas perkongsian.... :D

    BalasPadam
  3. memang suka tgk rancangan al khawater tu..byk yg boleh diperbaiki dan dipelajari kan kak?(^_^)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakcik...mmg menarik ni...;)

    BalasPadam
  5. Rancangan itu memang sangat bagus..mencari kebaikan yang boleh kita sebagai orang Islam boleh ikuti dna jadikan contoh tauladan walaupun dari yang bukan beragama Islam...contoh disiplin anak2 kecil sekolah di jepun menyusun kasut sebelum masuk kelas, sedang dimesjid kasut bertaburan...contoh bgmana mereja menjaga kebersihan tnadas di tapak projek pembinaan dan bagaimana mereka menjaga kebersihan taman2 riadah keluarga...CUMA..waktunya agak kurang sesuai, iaiitu dalam waktu maghrib...

    BalasPadam
  6. alahaii jarang tengok TV time maghrib.. ada siaran ulangan ker kak?

    BalasPadam
  7. mmg saya buat mcm tu mak. nak2 lagi time anak tgh nangis. saya pantang maid saya amek anak saya dari saya, nnt dia lebih mengada dengan maid dari ibu sendiri.

    BalasPadam
  8. sy xde bibik
    cuma hantar anak umah pengasuh
    dh xleh wat apalah kan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe kak irfa, tak semua nasib ibu ibu sama. kita kena yakin dan ikhlas aje la.

      Padam
  9. peringatan yang baik kakcik..terima kasih..

    BalasPadam
  10. TQ berkongsi kakcik..

    Ayat2 akhir kakcik, sangat sangat betul...
    Org Melayu, suka buang masa layan drama yg, LAYU

    BalasPadam
  11. drama melayu merepek,
    tambah yang cedok dari novel tu,
    takde pengajaran

    BalasPadam
  12. nice sharing, mak..
    ramai yang kurang alert pasal ni.. :)

    BalasPadam
  13. Yg paling kelakar tentang drama yang 'balik-balik itu juga jalan ceritanya' ialah dakwaan kononnya ia berada dalam ranking sekian-sekian, ditonton oleh berjuta-juta penonton dan jadi 'fenomena'. Di mana fenomenanya entahlah, fenomena melewat-lewatkan solat maghrib memang betul la kot....

    BalasPadam
  14. Selalu jgk tgok tunggu magrib.
    selalu dia compare nga negara arab.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com