Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 April 2014

Sanggup dia bawa nasi ke dalam bilik...

...mungkin dia rasa dirinya kian diabaikan
atau mungkin juga dia rasa kasih untuknya kian berkurangan

atau

ada kemungkinan-kemungkinan lain yang tidak dapat kubaca...

katanya :

'Adik lapar.   Adik nak makan.  Adik nak mak yang suapkan'

Sedangkan seperti selalu, pada waktu itu maknya akan duduk diam-diam dalam bilik selepas menyelesaikan segala tugasan yang sepatutnya.

Usianya sudah hampir 13 tahun.  Tapi dia tetap anak kecil bagi maknya.  Cuma mungkin maknya tidak lagi kerap memanjakannya seperti dulu.  Sesekali mungkin dia rasa kecil hati dan mahukan perhatian.

Bila dia minta disuapkan, haruskan keinginannya ditolak?  Jangan.  Jangan buat begitu.  Bukan berat pun kemahuannya.   

Dia bawa nasi dan lauk serta minuman ke dalam bilik maknya.  Nampak kepuasan dan kegembiraan di wajahnya seusai maknya menyuapkan makanan sehingga habis sepinggan.

Alhamdulillah.   Semoga Allah SWT terus menyirami rasa kasih dan rahmat buat kami.

20 ulasan:

  1. Alhamdulillah...terasa kita sgt diperlukan kan Kakcik..itulah nikmatnya jdi seorg ibu...ank sya dh 11 thun pun mcm tu jgk..adakalanya makan nk disuapkan...:-)

    BalasPadam
  2. Owh so sweet nya la kak. Dah umur 13 tapi masih nak emak jugak. Bagus ni kak. Esok besar boleh jadi ketua keluarga yang baik. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. manjanyaaaaa... kita akan rindukan saat2 seperti ini suatu hari nanti.

    BalasPadam
  4. sbb dia paling kecik, mesti lah dia paling manja
    sebak lak baca

    BalasPadam
  5. alala...bucuk2...sedih pula baca ...huhu

    anak bongsukan kak ...mesti manja sampai ke besar pun nanti

    ati rasa syahmi pun bila besar gini pun mesti manja juga...hehe

    BalasPadam
  6. alahai..
    anak yang sentiasa ingin di sisi ibunya..

    sebak baca entri mak. :')

    BalasPadam
  7. ololololo..
    comel plak budak kecik ni...=)

    BalasPadam
  8. Alahai siannya dia...masih mahu bermanja-manja...

    BalasPadam
  9. Anak bungsu kak memang manjakan...sedangkan anak sulung Aina pun masih minta disuap semulut dua bila mak makan inikan pula yg kecik sekali.

    BalasPadam
  10. suap anak mkn adalah satu nikmat pada kiter kan mak..

    BalasPadam
  11. Baguslah begitu....tak seperti anak-anak saya yang begitu pemalu, sejak kecil semua suka dibuat sendiri....

    BalasPadam
  12. nama pun anak manjakan kakcik... layan kan je..

    BalasPadam
  13. anak-anak perlu dimanjakan dengan kasih sayang =D

    BalasPadam
  14. SA dapat rasa sekejap jer suap anak2 makan...pas tu macam lor..dah lama x buat dah...hehehehe...

    BalasPadam
  15. takkan tolak punya.. rasa bangga dan puas hati bila dia nak makan dan paling saya suka dorang kena makan sayur (sebab dorang bukan pemakan tegar sayur..) hehehe..

    BalasPadam
  16. Alahai sweetnya ...anak bongsu Kakcik ke ni? Yalah sesekali nak juga emak suapkan. Anak-anak kakak sayang, dah besar panjang pun ikut sedap aje suruh emaknya yang super sibuk suapkan makanan masuk mulut.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com