Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 Mac 2014

Semoga teka teki segera berakhir...

...tak sanggup lagi rasanya ternanti-nanti...

Sedangkan aku yang bukan siapa-siapa ini berdebar hari ke hari, apatah lagi mereka yang ada kaitan persaudaraan dan pertalian yang rapat.

Mungkin mereka hanya melelapkan mata tanpa sedar, makan bila perut benar-benar lapar.   Berdoa tak kira masa.   Tersenyum bagai dipaksa.   Memendam kelukaan yang maha dalam.

Ya Allah,  padaMu juga kami berserah dan berharap.

#pulanglah #doauntukmh370 #prayformh370

17 ulasan:

  1. berdebar tunggu keputusan...adakah objek yg dikesan satelit Australia milik pesawat malang tu..

    BalasPadam
  2. menanti dan menanti terus menanti sesuatu yang x pasti...

    BalasPadam
  3. Insyallah...moga ada berita yang menggembirakan semua..

    BalasPadam
  4. Harapan umat sejagat kakcik moga kali ini benar-benar menjawab teka-teki yg dah terlalu lama..

    BalasPadam
  5. Ya Allah.. permudahkanlah segalanya.. moga mereka semua selamat.

    BalasPadam
  6. betul lah kakcik, selagi tak jumpa selagi tuh kite tertanya2 selagi tak jumpa msh terselit lg harapan

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Semoga dimudahkan operasi mencari dan menyelamat...usah berhenti berharap

    BalasPadam
  8. Betul lah kakcik..hati sentiasa berdebar2..jumpa brg bukti baru terus berkata-kata..jgn lah MH370..jgnlah..jgnlah...

    BalasPadam
  9. MH370 belum ditemui, tapi ramai antara kita yang menghukum ada kru terlibat melakukan pengkhianatan..Kejamnya mereka, tidak pernah memikir perasaan kaum keluarga kru dan penumpang...

    BalasPadam
  10. teruskan berdoa tanpa jemu......buntu dan sedih memikirkan nasib mereka......

    BalasPadam
  11. rata2 drebar tua teksi cakap mh370 akan ditemui just after prk kajang

    even now china kini di hotel bangi putrajaya off persiaran bandar, bbb

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com