Kawan-kawan kakcik

Isnin, 24 Mac 2014

#MH370 - doa dariku yang tiada kepandaian apa-apa...

...kita tak pernah saling mengenali
walau mungkin kita pernah berselisih bahu
namun tika dan saat ini
bagai ada satu ikatan
yang sukar untuk dimengertikan

Saat kau tiada daya dan upaya
untuk menepis segala tohmahan mereka
kiranya mereka lagi suka
untuk mencipta kisah dan berpura-pura

Kembalilah
buangkan segala nista
bersihkan segala kepalsuan dalam cereka
jangan bagi peluang kepada mereka
untuk menyebut hukum dan akta
atas kesalahan yang tak pernah kau cipta

Hanya Allah jua yang Maha Tahu
di mana kini persembunyianmu
biar seluruh dunia meneka dan menerpa
kembalimu atas kekuasaanNya jua

Keluarga yang tidurnya tidak lena
makan sekadar untuk menyambung nyawa
setiap detik memanjatkan doa
bagaimanapun keadaanmu asalkan kau kembali semula

#pulanglah
#prayformh370
#doauntukmh370

9 ulasan:

  1. kakcik.. saya setiap hari mengalir air mata bila kenang nasib mereka.. ada somebody yg attach to my heart kat dalam tu... balik la.. semoga allah pulangkan mereka masih bernyawa agar bisa mereka bercerita apa yg sebenar terjadi dan menutup segala kata2 jahat yg hadir sekarang ini.. dah tak sanggup saya baca lagi.. makin sakit n berat jiwa ini.. huhuhu.. nak berblog pun saya tak der bernafsu dah sekarang nie..

    BalasPadam
  2. belum sign/tulis lg kat mana2 papan menconteng #mh370, tak pernah update entri berkenaanya..adakah kami tak perihatin ? ada juga suara yg mengatakan begitu..

    BalasPadam
  3. #pulanglah
    #prayformh370
    #doauntukmh370

    BalasPadam
  4. lambat laun misteri akan terungkai jua.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com