Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 Mac 2014

#MH370 - berat hatiku untuk menerima hakikat ini...

Suram di mana-mana
pergerakan bagai terhenti
langit kelabu tanpa awan
matahari juga bagai tiada cahaya...

Selepas tujuh belas hari
selepas pelbagai spekulasi
selepas jari di tuding ke sana sini
selepas doa dipohon tanpa henti
selepas menanti dan menanti
kini segalanya jadi sepi

Jangan
jangan teruskan spekulasi
kerana kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi

Jangan
jangan pernah doa terhenti
hanya itu penyambung antara di sana dan di sini

#MH370
sangat perit hatiku untuk mengaku
tentang dirimu yang tak akan kembali
tapi sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk kamu

Saudara-saudaraku
betapa kasih kita kepada yang pergi
mereka bukanlah milik kita yang abadi
berdoalah agar di sana kita bertemu kembali...

16 ulasan:

  1. Takziah kepada semua kru dan penumpang MH370..

    BalasPadam
  2. cm dirancang2 lps abih prk kjg😢😢😢

    BalasPadam
  3. al fatihah...moga roh2 islam dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  4. salam takziah kepada semua yang terlibat
    al -fatihah

    BalasPadam
  5. terkejut jugak dengan berita ni..
    mengharap ada keajaiban.
    tp mungkin berita ni jugak lebih baik kita terima. dah lama sangat kita tunggu. semoga keluarga nya semua tabah menghadapi dugaan ini.

    salam takziah buat kelurga.

    BalasPadam
  6. Innlillah.

    Peralatan secanggih manapun Allah swt Maha Hebat maha Canggih

    Harapan kita tiada lagi tuduhan yg pergi itu perampas, pengganas, penentang kerajaan, frust kecewa krn isu2 politikus. Sblum PRK Kajang heboh beliau penyokong PKR bla bla bla. Selepas ini...? Jgn di ungkit pd next PRK pulak mcm kes setpol...

    BalasPadam
  7. Jgnlah menambah-nambahkan spekulasi sehingga kotak hitam ditemui...apa yg penting waktu ini menghulurkan rasa simpati kita pada mereka yg terlibat kan kakcik...

    BalasPadam
  8. Walau apa pun yg terjadi hanya Allah yg maha mengetahui..

    BalasPadam
  9. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.... Dan kita perlu redha...

    BalasPadam
  10. Takziah buat semua, pilu mencengkam jiwa. Air mata tetap bertamu.

    BalasPadam
  11. seluruh malaysia bahkan mungkin seluruh dunia bersedih, tp sesungguhnya ini semua ujian Allah buat kita... moga kita masih terus berdoa

    BalasPadam
  12. semua sedang bersedih....tiada kata2 yg boleh menggambarkan kesediahan semua...

    BalasPadam
  13. Berat mata kita memandang, pasti lagi berat mereka yang kehilangan insan tersayang. Semoga yang pergi sedang berbahagia bersama Yang Maha Esa. Semoga yang tinggal terus tabah menghadapi ketentuan Illahi....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com