Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 7 Februari 2014

"Dia seorang blogger"...

Itu adalah kata-kata suamiku kepada kawan-kawannya yang belum tahu.  

Nadanya macam bangga dengan aktiviti 'entah apa-apa' isterinya ini.

Macamlah isterinya seorang blogger terkenal yang ada sumbangan kepada masyarakat.

Bila dia memperkenalkan aku begitu, yang pastinya aku akan rasa malu kerana apalah yang boleh dibanggakan dengan tulisan yang langsung tidak memberi manfaat kepada sesiapa juga pun.

Apa-apa pun aku bersyukur kerana suamiku sentiasa memberi sokongan dan sentiasa bersamaku dalam aktiviti-aktiviti blogger yang kusertai.

27 ulasan:

  1. wah... kalu y pun sama... malu nak ngaku blogger... haha

    BalasPadam
  2. Blogger pun dah dikenali sekarang.. Ada kebaikan juga blogger kepada masyarakat dari pada tak tahu kepada tahu sesuatu benda-benda baru Kakcik. :-)

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    Bagus apa suami kakcik bangga pada kakcik sebagai blogger... Suamikan selalu disisi isterinya.. caiyok kakcik :)

    BalasPadam
  4. Baguihh tu kak. hasben support akak..

    BalasPadam
  5. Samalah kak, malu lah nak mengaku blogger...hehe

    BalasPadam
  6. Oklah kakcik...Sapa kata tak memberi sebab akak rajin memberi nasihat dengan tulisan akak, walaupun simple tapi bermakna..

    BalasPadam
  7. maknanya...ayahanda menyokong minat bonda...syukran...hihi

    BalasPadam
  8. hehehehehe..
    saya tau dah camne situasi itu berlaku dan mak akan tersipu2 malu..
    aummmmmm~

    sayang mak dan ayah byk2....

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Haah, malu jugak bila orang yang kita kenal tahu kita ada blog. Ntah apa apa ntah rasanya karang.

      Padam
  10. hehehehe...kalau husband alin lagi lah tak tau kot bini dia blogger...

    BalasPadam
  11. ok la tu mak... suami sendiri bangga. kannnn

    BalasPadam
  12. dpt sokongan padu dari en suami ni kakcik..bagus....bagus...

    BalasPadam
  13. Bestkan Kakcik bila ada orang hargai kita...tp kita bukan la sapa2 kan...menulis kerana minat...menulis kerana ingin menambahkan kenalan...

    BalasPadam
  14. Husband beri sokongan, kita pun rasa tak berdosa... Husband saya adalah pembaca tegar blog saya dan selalu bersama2 berikan bahan dan idea untuk blog saya. Tapi, belumlah berani lagi nak war2kan pada kawan. Malu... blog saya lagilah entah apa2 Kakcik...hehehehe

    BalasPadam
  15. Kita rasa apa yg di kongsi tak memberi manafaat dalam kita tak sedar boleh membantu org lain dari pengalaman hidup yg kita tulis.

    BalasPadam
  16. ok la tu kak. sekurang kurangnya apa yg akk buat ada org support.

    BalasPadam
  17. boguslah kak cik, mazidul, kadi kluang n others MASIH aktif berblog hari2 ;)

    yang lain2 macam hazrey, pulakdah, saya & etcs kini lebih kepada twitter :P

    BalasPadam
  18. Makin popularlah KakCik lepas ni...peminat makin bertambah atas dokongan suami...

    BalasPadam
  19. Yang penting suami memahami dan memberi galakan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com