Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 November 2013

UPSR - Terima kasih Adik a.k.a Budak Sepet (BS)...

Semalam (14/11/2013), keputusan peperiksaan UPSR telah pun diumumkan.

BS juga telah mendapat keputusannya.   Tiada A yang tercetak dalam slip keputusan peperiksaan BS itu.  Dia hanya mendapat 3B2C.
Haruskah aku sebagai ibunya dan suamiku sebagai ayahnya mengamuk dan kecewa?

Tidak.  Tiada sekelumit perasaan itu terbit di jiwa dan hati kami.  Kami tahu sejauh mana kemampuan BS.  Kami juga tidak memaksanya untuk mengikuti kelas tambahan sebelum tiba saat peperiksaan. 

Ibubapa apakah agaknya kami ini?  Tidak mahukah melihat kejayaan anak-anak sendiri?

Sebenarnya,  kami belajar dari pengalaman lalu.  Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman lalu itu, tak perlulah kuceritakan panjang lebar di sini.

Apa yang penting, langkah BS selepas ini tidaklah akan semudah langkahnya sebelum ini.

Aku dan suami sepakat untuk tidak marah-marah atau membanding-bandingkan keputusan BS dengan rakan-rakannya.

Malam tadi, aku bercadang untuk membelanja  BS makan di Secret Recipe.  Sekepas Maghrib,  kami bersiap-siap.  Bangcik di rumah adikku.  Angah pula tak mahu ikut sama kerana katanya makan2 di SR mahal dan 'mak kan takde duit'.

Tiba-tiba BS kata dia tak mahu makan di SR sebab 'tak banyak pilihan makanan'.

Bila aku sebutkan beberapa tempat, akhirnya BS bersetuju untuk makan di Mali's,  Setapak.  Tidak sampai RM40.00 pun kubelanjakan di situ.  Siap bungkus dua set nasi lemak.

Aku sangat berterima kasih kepada anak-anak yang mengerti.  Lagipun aku dan suami tak pernah berkira dengan anak-anak soal makan minum bila kami berkemampuan.

Aku juga sangat bersyukur ke hadrat Ilahi walau seringkali juga hatiku disakiti, anak-anak tetap tahu bila masa yang sesuai untuk membeli jiwaku...

SIJIL ADALAH SATU KELEBIHAN, USAHA ADALAH SATU KEUTAMAAN...

46 ulasan:

  1. kakchik...beruntung BS kerana mendapat ibu dan ayah seperti kakchik dan suami. samalah seperti si Abdul saya. benda dah lepas, apa nak dibebelkan lagi. perjalanan masih panjang. lagipun kita tak tahu apa terjadi pada masa akan datang. saya dan suami juga tidak kecewa. tahniah pada BS..kerana keputusannya tetap LULUS :-))

    BalasPadam
  2. Kak chik apa pun keputusan anak kita yang penting mereka terbaik buat kita kak chik.... UPSR adalah permulaan masih jauh lagi perjalanan hidup BS mungkin mana tahu yang masa depan dia lebih cemerlang....
    Aunty mama doakan BS akan terus berjaya, yang penting, menjadi insan yang berguna buat agama, bangsa dan negara ye BS....

    BalasPadam
  3. salam pagi bonda....insyallah budak sepet lepas nie boleh lagi perbaiki apa yang perlu..sebagai ibu,dorongan untuk nya harus selalu ada kan..insyallah

    BalasPadam
  4. Tahniah buat dak Adik.. walaupun tiada A tapi tetap berusaha memberikan keputusan yang terbaik.. ;)

    BalasPadam
  5. Tahniah akak. Tak apa, nanti boleh usaha lagi. Bagi galakan kepada anak-anak akan dapat membina semangat mereka untuk berjaya.

    BalasPadam
  6. Salam kakcik. Ella setuju dengan kakcik. Kejayaan tak perlu diukur atas kertas semata-mata. Tahap kemampuan dan minat seseorang itu berbeza. Kejayaan atas kertas bukan bermakna kita berjaya dalam kehidupan. Jauh lagi perjalanan.

    Kawan Ella tak suka belajar. Tapi dia minat gunting rambut, sanggup belajar kat Youtube, sekarang dia dapat RM8,000 sebulan hanya dengan gunting rambut orang. OK jugak, kan. Pada Ella dalam hidup ni yang penting ada kesungguhan, minat, disiplin, usaha dan akhirnya Doa. In Sha Allah.

    BalasPadam
  7. "SIJIL ADALAH SATU KELEBIHAN, USAHA ADALAH SATU KEUTAMAAN" - nice statement!!!
    ucap tahniah atas usaha anak...itu yg penting..jgn banding2kan dengan org lain...tahniah BS n KakCik

    BalasPadam
  8. Kakcik, kalau dah usaha, sbg parent mmg tak boleh marah. Kalau dia tak berusaha, sebelum periksa lagi patut parent membantu, kalau sekarang ni result dah keluar, tak payah kenang lagi lah yang lalu. Kdg2 anak2 ni dia ralit (leka), peranan parent untuk sentiasa mengingatkan anak2. dia org mana lah faham pasal masa depan, tahu nak main jer pun kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakcik, nak tmbh sikit, sorry... ada jugak org yg salah kan parent bila dia dah dewasa, katanya nape lah parent dia dulu tak paksa dia belajar betul2. bila dah besar baru tahu penting nya pelajaran.

      Padam
  9. terima kasih mak atas ilmu & peringatan ini utk anakanda..semoga akan ku praktikkan utk anak izwa sendiri :)

    BalasPadam
  10. tahniah kak chik, suami dan anakanda :)
    setuju..usaha dan kesungguhan itu yang perlu diutamakan dan sewajarnya ia lebih dihargai..
    moga sentiasa dalam redha Allah..amin.

    BalasPadam
  11. sebagai seorang ibu,doa tuh penting utk masa depan anaknye.kerana doa seorang ibu mudah makbul..

    BalasPadam
  12. Apa saje keputusan terima dengan hati yang terbuka...banyak lagi peperiksaan penting lagi yer Budak sepet...anak saya semakin meningkat bukan prestasi nyer tp nombor nyer...hihihi...

    BalasPadam
  13. Takpa...
    Panjang lagi perjalanan BS..
    Dan kakcik & Abg Bob bertuah dpt anak yg memahami macam tu

    BalasPadam
  14. Slm jemaat kakcik cayang..
    same je dgn hero #2 teman thn lps.. takdek A takdek juge D. Alhamdulillah.. hehehe ;)

    BalasPadam
  15. tahniah untuk kakcik...nekcik pun selalunya redha jer apa yang anak dapat..lain anak lain kemampuan mereka..cuma nekcik pesan ..akhlak mereka itu yang penting buat nekcik

    BalasPadam
  16. Apapun Sura nak ucap tahniah pada anak KakCik..dah kira ok tu result dia..masa anak pertama dulu sura excited bila time nak amik keputusan..nak sangat anak dpt yang terbaik..sekarang ni....terima sahaja dengan redho..setuju sangat dengan ayat yg last tu..:)

    BalasPadam
  17. Suka ayat yang last tu kak. Tak per, perjalanan BS masih panjang lagi.

    BalasPadam
  18. Btul tu kcik..xperlu nk mrh2 atau mngamuk sbb itu yg trbaek dorg blh buat...there's a long way to go...Kn kcik

    BalasPadam
  19. Antara sbb, kenapa sy tak bape suka ibubapa yg suka berkongsi kisah kecemerlangan anak dlm FB atau blog. Minta maaf, mgkn ini pendapat sy. Pendapat org, berbeza kan? Bila kita berkongsi kisah, secara tak lgsg boleh mewujudkan jurang antara parents yg punya anak cemerlang dan anak yg tdk bernsb baik. Lagipun, kenapa mst nak gembar-gemburkan keputusan UPSR yg sekadar permulaan jln dalam kehidupan? Penjalanan msh jauh!!!!! Klu boleh, hentikan rs teruja untuk bercerita pd semua org sebab apa2 pun boleh jd pd masa dpn....

    Tak kshlah BS x dpt A pun. Apa yg penting, BS terus diberikan galakan, dorongan dan sokongan! Caiyokk!

    BalasPadam
  20. Budak lelaki tak sama dgn budak perempuan kakcik. Kematangan dia lambat berbanding budak perempuan. So jgn bimbang sebab adik masih jauh lagi perjalanannya. Masuk usia dia 15-16 tahun kakak percaya adik akan lebih cemerlang...

    BalasPadam
  21. Tahniah pada BS...walau x de A...tp itu,masih lulus..layak utk smbung k.cik....ini bru permulaan...insyallah...mna tau exam besar esok adik kan lebih cemerlang....insyaallah.....Allah swt tu...merancang yg terbaik utk hambanya...

    BalasPadam
  22. Alasannya sebab SR tak banyak pilihan adalah sangat halus. Terharu saya membacanya. BS, meh sini acik peluk cium kamu....

    BalasPadam
  23. Saya percayakan Rezeki atas USAHA kak..Sijil dan kecemerlangan itu merupakan satu Bonus...
    Dikawasan perumahan saya tersergam Indah mahligai dua tingkat milik pendatang yg asalnya dtg kesini hanya menjual buahan digerai tepi Jalan..Tahniah BS...terlalu pjg masa kehadapan utk terus maju..yg penting USAHA...

    BalasPadam
  24. As-salam kakcik..

    Alhamdulillah.. tahniah BS.. Syukur.. All the best untuk perjalanan yang masih panjang.. Alhamdulillah kakcik punyai anak2 yang sangat memahami.. itu yang lebih lebih utama.. seronok dengar.. terliur tgk kueyteow tu..

    BalasPadam
  25. tahniah adik.. upsr je dik.. ada student upsr dulu yg takde langsung A & B pon dah grad dari universiti... kejayaan cemerlang seseorang bukan diukur dari pencapaian akademik saja.. moga adik yg soleh akan berjaya di dunia & akhirat..

    BalasPadam
  26. Salam kakcik , ..rezeki kita kalau semua anak2 menjadi (dlm pelajaran) ..tp tu bukan penentu segala keakhirannya.

    tahniah anak2 kakcik buat orangtuanya gembira dan senang hati selalu.

    BalasPadam
  27. Salam...

    Semua itu bukan pengukur untuk kejayaan di masa hadapan kakcik. Usaha tanpa putus asa insyaallah... Nanti Aina share satu email seorang kawan kat blog berkenaan isu ini.

    BalasPadam
  28. Tahniah BS... apa pun BS dah berusaha, thats the best part of it. Above all.. tak dpt 5A tak per but solat kena 5 times daily.. betul tak?

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah. Tahniah adik. Takpe. Tak perlu kecewa takde A. Kita boleh daki tangga satu persatu :) InsyaAllah berkat doa ibu dan ayah adik akan berjaya jugak suatu hari nanti. :)

    BalasPadam
  30. walaupun kita kecewa, tapi jangan marah dia kak. dia dah buat ikut kemampuan dia. mungkin rezeki dia bukan di situ, di tempat lain.

    BalasPadam
  31. betul tu kakcik, kadang kita paksa pun mereka buat dlm paksarela....tak ikhlas.

    BalasPadam
  32. Sangat kagum dgn kesabaran n ketenangan yg kakcik miliki. Saya xsekuat n setabah kakcik. Bila anak2 xdpt kekalkn top 5 sy dah sedih..aduyai...Kakcik akan saya jadikan idola....insyaallah.

    BalasPadam
  33. sy setuju dgn pendapat kak chik.. anak sy pun akan hadapi upsr tahun depan dan skrg kita pun sy dh nampak kemampuan dia setakat mana.. rasanya tak perlu nak tekan anak sampai dia stress.. biar padan dgn kemampuan dan umur dia.. kita dulu pun camtu jgak tp bila dah keperingkat menengah baru pandai berfikir dengan matang dan usaha sendiri ke arah yg lebih baik..setakat exam darjah 6 apalah sgt..huhu

    BalasPadam
  34. takpe kchik..tak perlu kecewa..exam darjah 6 je

    BalasPadam
  35. tersentuh hati baca catatan mak.
    Alhamdulillah mak & arwah ayah acu pun sama sikap seperti mak & ayah bob
    tiada bebelan atau maki hamun bila result peperiksaan acu tak membanggakan seperti orang lain.
    syukur acu dapat pasangan mak ayah yg cukup memahami :)

    BalasPadam
  36. setiap anak ada kelebihannya...saya selalu ingatkan diri saya tentang itu...panjang lagi perjalanan BS, insya Allah

    BalasPadam
  37. Bukan semua orang dianugerahkan otak yang geliga.... yang penting dah usaha sungguh-sungguh.

    BalasPadam
  38. Sama ngan anak alin kak...tapi memang masa pagi2 hantar dia pi sekolah dah bgtau yg mama akan terima keputusan kakak...

    bila dah dpat tu rasa spechless...membebelah jugak tapi bila kakak kata...kan mama cakap takkan marah...trs alin senyap...

    mmg kita kena tahu kemampuan anak kita sendir tapi kan kakcik...bila tengok anak org tu...dapat 5A...rasa sedih gak....

    BalasPadam
  39. assalamualaikum kakcik....semoga akan terus berjaya lagi ...ada masa lagi nanti...:)

    BalasPadam
  40. upsr baru permulaan,yg penting kita bangga dengan anak kita..setiap anak ada kelebihan..keputusan akademik bagus bukan bererti sebuah kejayaan juga,kadang2 yg tak cemerlang akademik punya kemahiran yg boleh buat dia senang bila besar nti..lgpun nasib setiap org tak sama..

    untung anak kakchik ada mak ayah yg memahami..anak2 pun faham situasi mak ayah..:)

    BalasPadam
  41. Tahniah BS dan Kakcik sekeluarga.... alhamdulilah.

    BalasPadam
  42. Tahniah untuk kak chik kerana tabah dengan keputusan BS. BS masih perlu usaha. Kejayaan bukan sahaja terletak pada akademik, mungkin ada kejayaan lain di sebalik itu. Perancangan Allah adalah terbaik untuk kita. Semoga Allah permudahkan segala usaha seharian kita dan menunjukkan jalan yang terbaik untuk kita.

    BalasPadam
  43. saya setuju dengan cara kakcik dan suami, untung anak2 dpt ibu bapa yang memahami .... sememangnya dia pasti dah cuba yang terbaik.....tak pelah, masih lagi perjalanan anak2 ini
    alhamdulillah anak2 memahami, bagus tak de mintak bukan2 ngan mak ayah dia.....semoga Allah merahmati kakcik sekeluarga

    BalasPadam
  44. Alhamdulillah tahniah utk BS :) Nama baru ye hihiiii...
    Sekurang2 anak2 dah berusaha.. Teringat situasi yg dialami seorg sahabat dimana ank2nya (lelaki) tidak dipeduli oleh guru. Kena belajar sendiri sbb gurgu tak layan, anak itu bukan tidak pandai tp biasalah dah namanya budak2... Akhirnya... Ibunya sangat bangga apabila ank yg selalu dipandang tiada harapan mendapat satu A pun oleh guru2.. mendapat keputusan mengejutkan.. 3A2B... Allahurabbi! subhanallah! Masayaallah... cerita2 begini mmg memberi inspirasi kpd shima insyaallah walau anak2 shima kecil lagi, tahun depan baru nak sekolah :)

    Terima kasih kakcik dan tahniah BS :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com