Kawan-kawan kakcik

Khamis, 14 November 2013

Pesanan buat anak-anak yang tak terucap oleh bibirku...

...anak-anak yang kukasihi
bila nanti diri ini tiada lagi
teruskan ikatan kasih yang tersimpul mati
adik beradik janganlah berkelahi
bila berjauhan sentiasa ingat di hati

Anak-anakku

hormatilah mereka yang lebih dewasa darimu
sayangilah mereka yang lebih muda darimu
jadikanlah dirimu insan yang disayangi bukan ditakuti

Anak-anakku

hidup kita berlandaskan agama
dan atas izinNya jua
oleh itu anakku
ingatlah dalam setiap langkah dan tarikan nafasmu
bahawa tidak akan berlaku sesuatu
andai tiada keizinan dariNya

Anak-anakku

jangan nanti sewenangnya kalian menyalahkan takdir
bilamana kalian sendiri yang memilih jalan berliku

Anak-anakku

Sangat sedikit bekalku buat kalian
memang salahku andai kalian kelaparan
tapi kalian dibekalkanNya akal fikiran
pasti kalian tahu apa patut dilakukan...

Anak-anakku

masa untukku kian singkat
tiba masanya pasti aku akan berangkat
pesanku ini tolonglah ingat
KEJARLAH DUNIA TANPA MENINGGALKAN BEKALAN KE AKHIRAT

28 ulasan:

  1. kakcik..rasa sebak dan pilu membaca catatan sebegini..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kakcik....pesanan ikhlas dr hati seorg insan yg bergelar ibu....

    BalasPadam
  3. Kata² penuh makna. Peringatan buat saya sebagai ibu dan anak juga.

    BalasPadam
  4. insyaAllah saya akan ingat pesan emak itu. kalau saya lupa bukan sebab emak tak ajar atau ingat kan saya, tapi sebab diri saya sendiri yang lalai dan lupa.

    BalasPadam
  5. Pesanan yg amat berguna buat saya juga...TQ kakcik

    BalasPadam
  6. Pesanan yang padat dan peringatan yang mudah. Melaksanakannya adalah kewajipan. Semua kita tak tahu bila masa kita semua akan berakhir. Sama2lah kita kan kak...

    BalasPadam
  7. moga anak2 kita berjaya di dunia & akhirat..

    BalasPadam
  8. KC, satu pesanan yg mampu menitikkan airnata degil saya, tqvm KC, may Allah sentiasa memelihara anda sekeluarga...

    BalasPadam
  9. sedihnyaa..rindu kat mak d kampung :-(

    BalasPadam

  10. Assalamualaikum..salam ziarah!!

    Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. amin..
    Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNYA..

    BalasPadam
  12. Terima kasih dengan pesanan yang berguna ini KakCik.

    BalasPadam
  13. pesanan untuk semua...juga buat saya......TQ kakcik

    BalasPadam
  14. terima kasih kak.. pesanan ni utk saya juga..

    BalasPadam
  15. Semoga anak2 kita semua berjaya dunia&akhirat,amin.

    BalasPadam
  16. Salam, marilah kita berpesan pesan.......

    Anakku
    dunia ini sangat melekakan
    nafsu melebihi kekuatan badan
    akal tidak mengenal sempadan
    hati selalu berangan angan

    Anakku,
    jika datang fitnah duniamu
    sujud ciumlah ditempat sujudmu
    merendah diri kepada tuhanmu
    sebelum tanah menghimpit bahumu

    Anakku,
    peganglah syahadat dan kalimah
    walau kemana jangan beralah
    jangan takut menang dan kalah
    hakikat yang sebenar milik Allah

    BalasPadam
  17. Tersentuh hati membacanya. Tiba2 mengalir airmata n kerinduan pd mama di og mengcengkam...

    BalasPadam
  18. Aduhaiiiii...Bestnya...Kena suruh anak2 Baca ni

    BalasPadam
  19. sedihnyeee.. time kasih kakchik sebab ingatkan.. alpa manjang kite ni kan..

    BalasPadam
  20. sayu pilu baca pesanan kakcik tengah2 malam ni..terima kasih kakcik..

    sayang kakcik

    BalasPadam
  21. pesanan utk diri saya juga, tq kakcik atas ingatan!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.