Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 November 2013

Peserta (Pelajar) Akademi Fantasia, ingatlah bahawa anda bukan Dato' Jamal Abdillah...

Akademi Fantasia 2013 telah berakhir semalam,  kan?

Aku tak pernah menonton siaran langsungnya untuk tahun ini termasuklah pertandingan akhirnya.

Pernah sesekali 'tertengok' siaran ulangan.  Tetapi, tak habis satu lagu pun, pasti saluran akan berubah.

Mengambil contoh AF yang telah berlalu beberapa siri sebelum ini,  berapa ramai yang benar-benar berjaya mencipta nama dan menjadi 'orang kaya'?

Pastinya dua perkara itu yang menjadi impian para peserta, bukan?  Bagilah apa pun alasan atau tujuan, ianya tak akan boleh jauh lari dari dua perkara tersebut!

Jamal Abdillah (atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah dan kini bergelar Dato') juga dikenali selepas menjadi juara Bintang RTM.  Namun nasibnya berbeza.  Selepas puluhan tahun dan selepas jatuh bangun yang diketahui umum, bintangnya tetap juga bersinar.  Mungkin sebab beliau ada aset semulajadi yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa iaitu suaranya.  Beliau tidak perlu cuba-cuba meniru suara orang lain.  Gaya persembahannya juga tidak terikat dengan gaya sesiapa yang kononnya 'idola'.

Kita sebenarnya terlalu dilekakan dengan pelbagai bentuk hiburan.  Kita juga dimomokkan dengan bintang-bintang yang berkilauan tanpa mengetahui berapa lama sebenarnya kilauan itu akan tiba ke mata manusia.

Jangan menyesal bila nanti dalam usaha mencapai cahaya, diri terbakar sebelum sampai ke matlamatnya.

Dunia seni tiada salahnya, yang salah adalah para pelakon yang tersalah mengambil watak!

24 ulasan:

  1. dulu suka jugak tgok AF ni, sekarang AF dah tak mampu menarik minat saya dah..lagi best tgok Upim Ipin..heheheeh

    BalasPadam
  2. malam tadi tengok ... tapi konsert biasa tak tengok pun...

    BalasPadam
  3. Dayah mmg tak ikut langsung af ni kak..

    Tapi betul la kak jamal tu dyh tgk apa je citer pasal dia walaupun negatif masyarakat masih ble terima dia.. mmg rezeki dia.. :).

    BalasPadam
  4. semalam tengok pun dah nak habis sebab dah tak ada cerita lain nak tengok sementara nak layan mata mengantuk...

    BalasPadam
  5. Makchaq tak tengok AF..
    tapi Dato' JA... masa dia masuk Bintang RTM makchaq minat.. memang dari mula dah jangka dia akan menang..

    BalasPadam
  6. X penah pun tgk af tu...maleh la kcik...x de faedah pun....nengok drama korea lg best...kikiki....

    BalasPadam
  7. Saya pun tak sekali tgk af tu kakcik... ntah, mlm td pun lyn p.ramlee

    BalasPadam
  8. Saya lagi rela tengok siaran ulangan Oggy & Cockroaches kakcik...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la dengan saya. balik² memang itu je yang ditengok nya. lagi² lepas tu disambung dengan Tom and Jerry, melanguk depan tv.

      Padam
  9. AF sekarang tak semeriah dan menarik seperti sebelum ini. Takde hati pun nak tengok dan tak rugi pun..

    BalasPadam
  10. Hanya AF 1 dan 2 dulu yg saya tgk..dah kebelakang ni tak berminat dah..

    BalasPadam
  11. Aina tak pernah tengok Akedemi Fantasia sebab kat rumah tak ada astro...ehehehe...

    BalasPadam
  12. cikda dulu AFmawi.. world..!! heheheh pastu terus tak tengaok lagi dah AF..

    BalasPadam
  13. as salam mak...
    sihat?
    mak..percaya tak...yan tak tgok pun AF ni...asyik2 layan katun jekkk....huhuhu

    BalasPadam
  14. dulu2 mmg glemer AF ni kan.. semuaorg dok afundi.. now langsung x dengar, ada ke org yg tengok erks.. saya dari dulu2 sampai sekarang mmg tak pernah tgk pun

    BalasPadam
  15. AF tengok bila balik rumah mak jer sebab kat rumah tak de Astro kak cik seroja... Tak tau lah apa matlamat dorang dengan AF ni...

    BalasPadam
  16. Saya langsung tak nengok kak..Saya makin muak dengan program hiburan semata, nak jadik apa sebenarnya diaorang ni?

    BalasPadam
  17. Betuk Kakcik...mmm, dunia penyanyi dan pelakon. Indah memang indah tapi indah untuk syurga dunia.

    BalasPadam
  18. saya pun on and off tengok.....mcm tak de tarikan sangat, tapi final concert saya tgk la gak, sebab takkan la suara hampeh kan bila dah jadi finalis

    BalasPadam
  19. IM pun minat seni tapi selalu berharap agar seni IM tidak melalaikan dari jalan yang lurus...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.