Kawan-kawan kakcik

Khamis, 12 September 2013

Selamat datang anak...

...kini kau mula melihat cahaya
oh...cahaya itu bukan sekadar sinar adanya

Banyak yang nanti perlu kau teroka
akan kau dapati bahawa tidak semua cahaya disenangi

Kau juga akan mengenal gelap
yang di dalamnya kau akan teraba-raba mencari arah

Jangan jadikan putus asa sebagai falsafah hidupmu
setiap kali tersungkur, bangunlah segera

Selamat datang anak
dalam setiap langkah jangan singkirkan ibubapamu
dalam setiap sedutan nafas ingatlah Tuhanmu
dalam setiap gerak ingatlah asal usulmu....

44 ulasan:

  1. Salam kakcik,
    Saya dapat rasakan denyutan kata2 hati ini .. Doa yang terbaik utk seluruh keluarga kakcik, amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Dato'

      Terima kasih kerana memahami apa yang tersirat di hati ini...

      Padam
  2. Bile tengok baby teringin nak anak lg. tapi......

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, Allah ada perancangan yang lebih baik buat Rozie. :)

      Padam
  3. salam kakcik.
    tahniah atas kehadiran orang baru..

    BalasPadam
  4. Tahniah kak. Anak sape ni. Geramnye tgk bb.

    BalasPadam
  5. insyaAllah, amin amin amin

    comel anak itu kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semua bayi memang kelihatan comel, kan...:)

      Padam
  6. Selamat Datang Kedunia wahai anak kecil...

    BalasPadam
  7. anak siapa ni kak... cucu ker... wah dah jadi nenek yer?

    BalasPadam
  8. Anak siapa tu Kakcik. Seronoknya dapat dukung baby. Adik saya sedang menunggu hari....Insya Allah minggu depan saya pun dapat pegang baby. Seronoknyaaaa.

    BalasPadam
  9. Taniah KC....
    Moga anak ini menjadi insan yg soleh...

    BalasPadam
  10. inshaa Allah..mudah2an menjadi anka yg baik nanti..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Semoga lebih murah rezeki dan selamat berjaga mlm kembali :) Inshaallah kakcik. Semoga anak ini menjadi insan berilmu dan soleh

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...moga jadi insan pembela agama nantinya.

    BalasPadam
  13. Tahniah kakcik...
    Rahmat Allah dah dalam rangkulan. Syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
  14. suka tengok baby dan cium baby ni...org kata bau syurga...
    dah lama tak ada anak kecik ni..kalau saya mesti rasa kekok sikit nak pegang...

    tetiba rindu nak ada baby...

    BalasPadam
  15. Bestnya kalau dapat cium baby baru lahir ni... baunya wangi aje :)

    BalasPadam
  16. insan suci dr syurga tuh kakcik kan... sedapnyer dpt cium bau bby

    BalasPadam
  17. ala sweetnye...selamat melihat dunia..boy ke gurl ni kakcik..

    BalasPadam
  18. tahniah kakcik.. bau2 bayi ni tak kisah lah milik siapapun mmg best gilerkan hehehe

    BalasPadam
  19. tahniah... moga baby comel ni membesar menjadi anak yg baik dan membahagiakan kedua ibubapanya

    BalasPadam
  20. Comelnye baby...berseri rumah de baby kan

    BalasPadam
  21. comel la baby.. nnt kakak iyra g melawat ye..
    sayangggg baby mucukkkk..

    *teringin sgt nak dukung anak sendiri*
    sobsobsob..

    BalasPadam
  22. Tahniah kak cik atas kehadiran ahli baru.. Meriah lagi famili kakcik

    BalasPadam
  23. tahniah kak chik! semoga anak berwangian syurga ini di rahmati sepanjang usia.amin

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com