Ini bukan catatan perasan ya...
Cuma nak berkongsi saja.
Macamana kakcik jadi kurus?
Sebenarnya, kakcik pun pada mulanya tak perasan kakcik dah kurus.
Seronoknya bila dah kurus ni, badan jadi ringan. Berjalan kaki ikut orang muda (Dr Singa, CPL dan SRM) berjalan kaki sejauh 4km pun masih boleh bertahan dan tak perlukan ubat lelah!
Kisahnya bermula sejak kakcik balik dari Tanah Suci pada bulan Mei lepas. Bila kakcik makan, srmua makanan kakcik rasa masin. Jadi ianya membantutkan selera makan kakcik. Sehingga masuk bulan Ramadhan, kakcik sudah biasa tak makan banyak.
Bila masuk Syawal, di jamuan rumah terbuka pun kakcik cuba disiplinkan diri. Makan seadanya.
Di hari-hari biasa, kakcik cuba makan nasi sekali sehari. Kadangkala terbabas juga. Kakcik lebihkan makan sayur dan lauk.
Bila ada jamuan seperti di mesyuarat pun, anggap makanan yang banyak itu untuk orang lain sama...
Tak mengapalah muka nampak 'kecut' asalkan badan sihat dan harapnya berat badan tak naik kembali... |
syoknya kakchik kurus
BalasPadamassalamualaikum kakcik....tak ada la kurus sangat okay je ni...;)
BalasPadamTahniah kakcik..
BalasPadamkalau saya berjalan sejauh 4km rasanya mahu pengsan.. :P
yang penting badan sihat kakcik..
BalasPadammmg kembang bila dikata dah kurus hehe...
BalasPadamsyoknya
BalasPadamtahniah tahniah...hehe
BalasPadamAsSalam Kakcik..
BalasPadamlama tak berkunjung ke rumah kak cik ni?
kak cik sihat?
nampak perubahan kat muka kakcik..
nisha pon tengah berusaha nak kecilkan badan,
dulu pepagi makan nasi lemak.. sekarang mkn nestum pulak (^_~)
lepas raya hilang target nak kuruskan badan sebab tiap2 minggu ada sesi menternak lemak.. :(
BalasPadamlepas ni kena usaha lebih untuk kuruskan badanlah jawabnya.
Bila la saya nak kurus ni!! hahaha
BalasPadamAs-salam Kakcik..
BalasPadamWah.. bagusnya kakcik dah kurus.. terima kasih ya berkongsi tips yang baik tu.. boleh saya cuba juga..
ye la kakcik nampak kurus skrg ni... kesan dari puasa kot...hehe
BalasPadamtak pe asal sihat sudah ye...:)
Aaammmbbooihhh selim de river dh kakcikku! Alhamdulillah moge maintain selim & sihat, aminnnnnn :)
BalasPadamtahniah kak cik....
BalasPadamkakcik dah slim..kakcik sharelah apa rahsia kakcik maintain gini....
BalasPadamwah da slim ye kakcik...nnti kene mantain berat la yer..
BalasPadambestnya...bila badan da kurus nie...part yg best tu...time bejalan lah...sebab nak bwak bdan...rasa ringan la skit...kaki pun x cepat lenguh kan k.cik...+ yg penting badan pun sihat juga...:)
BalasPadamAssalamualaikum Kak Cik
BalasPadambertambah comelllllllll....he he
yang penting kakak .. pandai jaga makan kan ;)
BalasPadammuka kecut badan sihat itu yg org nak kak ;)
saya jelesss ..
waa saya dah naik semula, semalam timbang naik hampir 1kg sejak lepas raya
BalasPadamkena disiplinkan diri semula ni
iyra pon nak kurus jugak...
BalasPadamsob sob sob..
bila la nk jogging neh.. asyik petang2 hujan je pon..
Yang penting kakcik sihat dan cergas kan...saya ni lak yg suka ngunyah..he he..
BalasPadamWahh bestnya.. senang kan kalau badan dah ringan senang nak berjalan kaki pun tak sakit..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamkakcik memang dah kurus...jeles sangat2 hu hu huhuhu
tgk entri ni terfikir, lama leeza tak tulis pasal makanan.
BalasPadamkakcik, nak naik badan mmg senang dan cepat, nak turun kan tu... ya ampun... susah bangat!
BalasPadammiss yu kak..
BalasPadam