Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 6 September 2013

Biasakan guna perkataan TOLONG...

...tak kiralah walaupun kepada anak kecil yang belum aqil baligh pun. 

Bila kita hendak meminta orang lain melakukan sesuatu untuk kita, mulakan ayat kita dengan perkataan TOLONG.  Kerana sikap 'mengarah dan memerintah' kita, tidak mustahil kita akan dipulaukan. 

Mungkin seorang ketua tidak perlu menggunakan perkataan TOLONG kepada anak buahnya.  Itu hak dia.   Tapi di kalangan keluarga mahu pun adik beradik apatah lagi di kalangan kawan rakan, perkataan TOLONG yang kita ucapkan mungkin akan membuatkan kita lebih dihargai.

Jadi biasa-biasakanlah untuk mengucapkan perkataan TOLONG bila kita perlukan khidmat orang lain.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Dia mungkin perlukan pertolongan, tapi tiada siapa
sudi hiraukan...

20 ulasan:

  1. Ya ,mmg betul sangat sangat.TOLONG ,satu perkataan yang dapat melembutkan hati pendengarnya...biar siapa penuturnya.Samaada seorang ibu kepada anaknya ,suami kpd isterinya atau tauke kpd kulinya.
    Lembutkan suara,masukkan irama...pasti yang disuruh,cepat bingkas menurutnya...

    BalasPadam
  2. Tolong tanda kita memohon bantuan.. cantik sungguh bahasa anugerah Ilahi..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... suka dengan perkataan tolong even anak-anak pun saya ajarkan perkataan tolong ini... tapi satu je nak nasihat disini kak chik jangan semasa nak minta tolong tu lembut gusi dari lidah minta tolong tapi bila dah ditolong jangankan kata terima kasih... dimusuhkan pulak...

    BalasPadam
  4. bila dah mintak tolong, ringan-ringankan mulut mengucapkan terima kasih.. ;) sekurang-kurangnya rasa dihargai.

    BalasPadam
  5. sy ajar anak2 dr kecil utk guna perkataan 'tolong' wpun utk perkara kecil cyhnta 'kakak,tolong masukkan kain dlm bakul'
    dan ajar2 anak guna perktaaan terima kasih wpun sekadar
    'terima kasih umie,buat susu adik'
    wpun zaman saya membesar perkataan tu tak pernah lahir dr mulut mak ayah saya.mak ayah saya tak biasa dgn perkataan tersebut,jd saya paham

    BalasPadam
  6. walau pun bukan susah pun..tetap orang susah nak sebut.. heran kan..

    BalasPadam
  7. ada orang tak reti nak sebu..sebab.. ego...

    BalasPadam
  8. setuju tu kakcik. bahasa mencerminkan diri kita yang sebenar. Be polite always :-)

    BalasPadam
  9. As-salam kakcik..

    bila tahu berbahasa, siapa2 pun akan jadi lebih suka..

    BalasPadam
  10. dengan 'tolong' jer orang akan tolong :)

    BalasPadam
  11. Budi bahasa yg tak boleh dijual-beli.

    ps: lotion tu produk amway kakcik tak ada di pharmacy.

    BalasPadam
  12. tolong ingatkan aku.. kisahku tersedar..dengan saku penyeluk masa.
    teringat lirik lagu Ana Rafali..

    *thanks atas ingatan Mak.. :)

    BalasPadam
  13. Betul laa tuh perkataan 'tolong' tuh memang perlu bila nak mintak bantuan.. baru laa org nak tolong kan..

    BalasPadam
  14. Betul tu kakcik, tidak rugi berbudi bahasa

    BalasPadam
  15. kita org malaysia ni mmg x terbiasa dengan "tolong".. kalau kat barat sesetengah permintaan dikira tak beradap jika tiada perkataan "please"..

    BalasPadam
  16. salam,
    memang..orang kita ni dah lupa nak cakap tolong. lagi2 kalau nak mintak pembantu rumah buat kerja. main arah2 aje..dorang pun manusia jugak.
    cuba kalau bos kita suruh kita buat keje..pastu main arah2 aje..takde cakap tolong, takde cakap tq. mesti kita pun sakit hati kan?
    ehh..teremo lak..hehhe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com