Kawan-kawan kakcik

Rabu, 28 Ogos 2013

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari ( Bhg. Akhir)...

Kalau ikutkan, ini bukanlah bahagian akhir.  Tapi tak mengapalah, kakcik ringkaskan cerita.
Selepas makan di Moon's Kitchen,  kami balik ke rumah.  Mandi dan tukar pakaian.  Kemudian kakcik mulakan operasi melipat 3 bakul pakaian dengan dibantu adik perempuan kakcik.  Lebihkurang jam 11 malam,  adik angkat yang dah lebih setahun rasannya kakcik tak jumpa,  datang dengan sebiji kek lagi.
Esoknya (itu yang di tajuk ada + 1 hari tu), kakcik bersama suami,  along,  Huda dan bangcik balik ke Kuala Kangsar (lagi!).  Menziarahi pusara bonda di kampung dan kemudian singgah sebentar di rumah bekas adik ipar di Ipoh.
Dari Ipoh, terus ke Selayang untuk mengambil Mr Sepet di rumah adik kakcik.
MAILEB KKK bermaksud KAKAK KANDUNG
KESAYANGAN YANG DISAYANGI... :)
Dah hampir tengahmalam, jadi jangan hairan
dengan pakaian kami suami isteri!
Perjalanan ke Kuala Kangsar.
Sepatutnya gambar ini terletak di bawah.  Hentam sajalah.
Waktu ini makan 'petang' di Ipoh
Selamat datang ke Bandar Diraja
Di pusara bonda.

13 ulasan:

  1. kelaka la kak..siap tulis maileb kkk lagi atas kek!

    BalasPadam
  2. Wah bestnya dapat kek tengah malam kakcik seroja... cantik pulak tu :D

    BalasPadam
  3. Seronoknya baca kisah kakchik ni. Wa belum pernah sampai lagi ke Kuala Kangsar.

    BalasPadam
  4. maileb kkk.... sweet je

    seronok jln2 ngn family, dpt lak kek bday

    BalasPadam
  5. doa anak yang soleh .... bahagianya kak cik ...

    BalasPadam
  6. Penat nampaknya tu, tapi pasti seronok kan kak.

    BalasPadam
  7. seronok baca kisah percutian 2 hari 1 malam nie.. penat tapi best kan mak?!!

    BalasPadam
  8. sambut birthday potong kek tetengah malam, sempoi betul kakcik :)

    BalasPadam
  9. berbaloi2 penat travelling kalo setiap detik terisi bersama yang tersayang kan mak... hehehehe~

    nnt kita jalan2 lagi ye...

    BalasPadam
  10. dah lama tak ke Kuala Kangsar, kalau ke sana mesti lepak tepi sungai perak,,,,,....huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.