Kawan-kawan kakcik

Khamis, 22 Ogos 2013

Kenapa begitu jadinya?...

Siapalah yang mahukan hidup tanpa keselesan dan kesenangan, kan? Tapi bila kesempitan dan kesusahan itu terpaksa dihadapi, nistaan dan celaan terpaksa juga ditelan...

Malam tadi kakcik pergi ke mesin ATM di Kg. Baru. Siapa yang biasa, akan tahu bahawa mesin di hadapan Masjid Jamek itu terletak dalam bangunan kecil yang berhawa dingin. Disebabkan bangunan kecil itu 'agak selesa', kakcik perhatikan bila tiba waktu solat Jumaat, berebut-rebut jemaah solat di dalamnya. Jangan tanya kakcik bab 'putus saf' sebab kakcik tak arif hendak menjawab.

Eh! dah melalut pulak. Berbalik apa sebenarnya yang hendak kakcik kisahkan... Semalam, kakcik melihat seorang wanita dewasa bersama tiga anak kecil (bukan bayi dan mengikut pandangan kakcik, mereka belum masuk ke alam persekolahan pun). Mereka duduk di atas sekeping tikar di bawah pokok berhadapan bangunan mesin ATM itu. Sekali pandang, mereka seolah-olah sedang berkelah.

Disebabkan sikap penyibuk yang ada dalam diri kakcik, kakcik mula tertoleh-toleh melihat mereka. Sampai dah masuk ke dalam bangunan dan sementara menanti giliran untuk mengeluarkan duit, kakcik tetap tertinja-tinjau. Kakcik melihat salah seorang budak lelaki itu memegang sehelai kertas bewarna kuning. Sempat kakcik baca antara kata-kata yang tertera : TOLONG KAMI BANTU KAMI ANAK-ANAK......... dan ada juga perkatan DITINGGALKAN SUAMI....

Terlintas juga mulanya kakcik nak jadi wartawan. Nak bertanya itu ini pada mereka. Tapi disebabkan kakcik bersendirian ketika itu dan kakcik juga tidak membawa kamera mahupun telefon bimbit, keberanian kakcik jadi tiada. Pastinya wanita itu sudah habis ikhtiar maka beliau sanggup menebalkan muka berkeadaan begitu bersama anak-anak itu. ADAKAH SEBENARNYA MEREKA DIDALANGI MANA-MANA SINDIKET? Oh... kalau kita hendak membantu janganlah dipengaruhi fikiran sebegitu!

KALAULAH ANDA BERADA DI TEMPAT KAKCIK SEMALAM, APAKAH AGAKNYA TINDAKAN YANG AKAN ANDA LALUKAN?

31 ulasan:

  1. salam kakcik,

    bukan nak berburuk sangka tapi sebab dah banyak kejadian tipu ni kita memang kena waspada. ntah la, kalau cikda maybe hulur juga seketul dua dalam hati selalu kata kalau dia tipu itu urusan dia dengan Allah. mahbe jugak cikda buat tak tahu..

    wallahualam..

    BalasPadam
  2. saya mungkin tak terhulur kakcik.. sbb timbul syak wasangka pasal sendikit tu.. pada saya dari saya ragu2 sama ada duit tu betul2 dapat pada yang hak ke tidak. lebih baik saya sumbangkan pada badan kebajikan. insya allah diorang tolong uruskan bagi sampai pada yang betul2 memerlukan. tapi rasanya tak salah kalau nak menghulur..

    BalasPadam
  3. Bab memberi kadang2 Aina beri sahaja seikhlasnya mungkin seringgit dua dan jgn pertikaikan ke mana duit itu pergi. Niat bagi utk anak yg dikendong. Tapi dunia sekrang tidak dinafikan ramai yg ambik kesempatan.

    BalasPadam
  4. Biasanya saya buat tak tahu sebab perlakuan begitu biasanya adalah kerja sindiket. Rakyat Malaysia sendiri tak akan sampai berkelah begitu kalau benar2 susah. Kalau Kakcik sempat bertanya2 soalan dan tanyakan sama ada mereka dah laporkan pada JKM atau Biro Bantuan dan sebagainya, saya pasti mereka tidak ada jawapan.

    Maaflah, saya lebih selesa dan yakin dengan institusi yang dah tahu betulnya, Kakcik. Sebab saya memang selalu nampak sendiri mereka2 ini di jemput oleh sindiket2 mereka kemudiannya.

    BalasPadam
  5. Jika saya ..saya hulurkan dulu...sbb niat saya membantu dia..jika dia tipu ..Allah akn lebih menyempitkan rezekinya dan saya tidak ada rugi apa2..Disebbkan banyak kes menipu yg betul2 susah jd bertambah2 susah...

    BalasPadam
  6. Kadang bukan tak nak tolong, tapi;
    1. Takut sindiket..tgk kita sorang tiba2 mai pulak 2 3 org kuncu2 entah dari celah mana...
    2. Kena tipu hidup2, pura2 melarat tapi ada dalang.

    Mck pun selalu kena esp bulan puasa..ada saja org muda yg sihat mai minta sedekah...yg motor rosak, liver cancer pun ada.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju ngan Aziela dan makcikkantin tu...:)

      Padam
  7. sekali tgk mmg rasa kesian..tp dah byk terjadi kes penipuan mcm tu...timbul rasa geram...mereka seolah mengambil kesempatan atas org kita yg mmg mudah bersimpati...

    BalasPadam
  8. Biasanya Abil klau org gitu dtg meminta, Abil bagi jea..

    BalasPadam
  9. kalau saya tengok je kot. bukan tak nak tolong. nak tolong sekarang pun jadi takut dah. entah betul ke tidak ...

    BalasPadam
  10. ermm sy pnh gak bkeadaan bgitu..pastu xbg sbb mcm was2..wpun nk kata berserah pd Allah samada diorg tipu @ tak, ttp was2 jgk..dh jd mcm xikhlas la pulak..

    BalasPadam
  11. Mungkin saya akan pergi dan hulur sedikit dengan anggaran cukup untuk mereka, dan terus berlalu tanpa menyoal...

    BalasPadam
  12. entahlah , sekarang ni mcm2.
    pergi soal selidik dulu kut.

    BalasPadam
  13. Saya akan hulur sket. Tak sampai hati tgk situasi mcm ni. Lebih2 lagi dgn anak2 kecik. Kalau dia tipu. Itu antara dia dgn Allah. Janji kita ikhlas nak menderma.

    BalasPadam
  14. Kalau betul..kesiannya...taktahunak cakap apa...kalau tipu...ish ntah lah

    BalasPadam
  15. hulur je... Allah tahu niat kita. Kalau sindiket, itu antara dia dgn Allah.

    BalasPadam
  16. teringin nak buat macam ni..
    lepas hulurkan sedikit wang pada mereka, tunggu kat tempat yang mereka tak nampak dan perhatikan dan ikut ke mana mereka pergi.. adakah didalangi oleh sindiket?

    tapi apapun moga mereka kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran mendatang.

    BalasPadam
  17. salam kak cik..di kg baru. chowkit janalan TAR.....sama je. Semakin hari semakin banyak muka nak mintak kasihan. Zaman ni tak perlu lagi nak sebut pasal maruah...janji dapat duit....

    BalasPadam
  18. Salam Kak cik.. Nak bagi boleh .. tak pun boleh.. tapi kalau hati rasa ragu2.. tak payahlah..:D

    BalasPadam
  19. Kalau saya....entah lah apa yang saya nak buat. mungkin tengok aja.... atau mungkin ada kekuatan saya akan temuramah diaorang ...

    BalasPadam
  20. Salam kakcik...mmg slalu sgat jumpa keadaan begini...nekcik slalunya bagi jerlah setinggit dua...mslas nak fikirkn sngat..ikut pesan arwah bapak...sampaikn hajat org..klau sedikit kita bsgi lbih ikhlas klau kes begini

    BalasPadam
  21. Saya prnah alami situasi mcm ni ttp tmpt brbeza bila seorg ank meluru kearah sy n meminta sedikit wang krn dia n ibunya lapar. Tnpa brfikir sy hulurkn sedikit wang. Xkiralh didalangi sndiket ke apa, yg pnting allah kirimkn seseorg utk kita menyumbang sedikit krn dlm setiap rezeki milik insan lain

    BalasPadam
  22. Makchaq pun biasa bagi ja sekadar yg ikhlas.. dan tak payah nak fikir duit tu ke mana..

    Seeloknya patut kita lapor pada pihak berwajib... tapi tu la... tak kuat semangat nak buat lebih dari sekadar menderma tu..

    BalasPadam
  23. Kena ikut gerak hati lah Kakcik... kalau terasa belas, bantu, kalau terasa cuak, menjauh lah... kdg2 sixth sense kita ni pun ada betul nya

    BalasPadam
  24. derma saja seikhlas hati mak. Yang selebihnye tu bukan urusan kita :)

    BalasPadam
  25. sejujurnya...mmg hati pemurah kitadiserbu rasa was2 & trtanya2kn.....

    BalasPadam
  26. malaysia ni tidak aman dengan keadaan tipu helah sindiket yg bermain kotor... keikhlasan kita nak membantu atau bertanya terbantut bila memikirkan ketidak aman Malaysia ini..

    BalasPadam
  27. salam mak..kalau zi, zi buat tak tahu je.bukan tak prihatin tapi kadang2 cara diorang tu macam tak logik pun ada..lagi pulak kalau sorang2 memang zi bolayan je

    BalasPadam
  28. yg penting keikhlasan kita.
    lepas dorang dapaat apa yg mereka buat terpulang.

    situ mmg dah terbiasa kak chik ;)'selamat hari raya

    BalasPadam
  29. Berhati-hati,saya pernah terserempak dengan situasi ini...rupanya mereka mempunyai hasil kutipan sedekah yang lumayan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.