Kawan-kawan kakcik

Selasa, 16 Julai 2013

Anak-anak kian dewasa...

yang dulu mereka suka
sekarang tak dipandang sebelah mata
dulu boleh 'dibentuk-bentuk' ikut suka
kini mereka dah punya citarasa

anak yang seorang sudah berdua
mungkin tak lama lagi akan bertiga
tapi ibu tak lepas tangan begitu sahaja
tidaklah pula sampai mengeruhkan suasana

bila anak sudah berkeluarga
ibubapa 'pandang-pandang' sahaja
jangan campur urusan mereka
takut bahagia jadi derita


notataksiapatanya : seloka sekadar suka2...

20 ulasan:

  1. betul tu, pandang dan doa dr jauh agar tak tersasar

    BalasPadam
  2. betul tu kakcik...nanti saya pun akan merasa...

    BalasPadam
  3. ye la mak... skang mak dah rasa, sesok saya plak...

    BalasPadam
  4. moga anak2 kita semua sihat dan selamat hendakNYA..

    BalasPadam
  5. Betul kakcik kecik2 bolehlah terima semua apa mak kata bila besar masing2 ada pandangan dan pendapat sendiri.

    BalasPadam
  6. agaknya tu jgk yg mak mak kami rasa.. :)

    BalasPadam
  7. betul tu akk, sekadar memerhati dan kalau di perlukan baru masuk sekali heee

    BalasPadam
  8. Mak...
    mmg kl anak2 da kawen mak bpk tak berapa elok ek kl masuk campur jugak...tp kdg2 kl mak bapak tegur apa kesalahan kita pun bagus jugak...jd kita tau...

    harap mak sihat....hr tu lalu depan tmn kencana...tak dan nak menyinggah...singgah tesco ampang je mak....huhuhu

    BalasPadam
  9. Jgn sampai campur tangan kita membawa derita...saya suka ayat kak tu...

    BalasPadam
  10. Bila dah masuk fasa lain... lain pula masalah dan karenahnya.

    BalasPadam
  11. mendalam. walau pun ringkas ayatnya

    BalasPadam
  12. tidak bbrapa tahun lagi saya juga akan alami semua itu...

    BalasPadam
  13. setuju tu kakcik, yg penting kita doakan saja kan !

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,
    Tetiba rasa daku pun dah senja...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com