Di Jabal Rahmah aku berdoa semoga aku dan suami tetap bahagia bersama begitu juga buat anakanda dan adinda biarlah kasih kami bersatu hingga ke syurga |
Banyak tempat mainan kanak-kanak kulihat sepanjang jalan. Masih baru nampaknya. Mungkin anak-anak itu bermain di waktu malam. |
Mat'am Malayzie (Restoran Malaysia) ini milik D'Saji. Malangnya... |
...ia ditutup sewaktu kami di sana. |
Rumah di Kota Mekah di bina berbentuk 4 segi. Dari luar ianya kelihatan sama sahaja. Mungkin di sebelah dalam, kemewahan boleh kelihatan. |
Betul-betul 'rumah batu'. Dinding binaan memang bersentuhan dengan batu batan. |
Ini mungkin siri terakhir tentang Mekah walaupun masih banyak yang boleh dikongsikan. InsyaAllah, catatan seterusnya ialah tentang Madinah.
Sedikit panduan yang boleh dikongsikan : kita tak perlu bawa pakaian yang banyak untuk ke sana. Cukuplah 3 atau 4 helai jubah, dua pasang atau dua helai telekung tanpa kain, 3 atau 4 pasang stokin serta beberapa pasang pakaian dalam. Bawa juga seluar panjang untuk menggantikan kain dalam. Selain itu, jangan lupa bawa pelembab bibir (kakcik guna vaseline) dan kaca mata hitam.
Panduan yg akhir sangat bermakna... org pergi sana mesti nak bawa pakaian banyakkan..
BalasPadamsalam kak,
BalasPadamdari perbualan sy dengan seorang kakak dari kelantan yg dah berhijrah dan menetap di sana sejak generasi nenek dia...rumah org Arab banyak berbentuk macam 'kotak', tapi klu masuk dalam rumahnya, sangat mewah....dari luar je nampak x menarik berbentuk begitu
moga berbahagia hingga ke Jannah... Amin
BalasPadamSeronok akak ke sana yea..Mudah2an ada rezeki saya satu hari nanti.
BalasPadamorg sn mmg sempoi je rumah depa tp kt dlm...perrghhh perabot jati sn sini...
BalasPadamSalam kakcik, baru ada peluang jengah kakcik sampai dah keberapa siri balik dari umrah. Seronok kan? Insyaallah zana dan famili lepas ni jika ada rezeki dan tiada halangan.
BalasPadamTak jumpa Hj Arshad ye Kakcik..
BalasPadamJelez negok gambar kakcik dgn abg Mus tu...:)
BalasPadamSemoga Allah berikan kemudahan untuk kita semua sampai di sini ...
BalasPadamRomantik. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga.
BalasPadam"..Selamat datang Tetamu Allah yang diberkati sekelian,,,,
BalasPadamTips dah dapat...seru ja x sampai lagi. Insyallh one day
BalasPadamTak sabar nak baca cerita madinah pulak..
BalasPadamseronok tgk gambar2 ni kakcik..
BalasPadamRasa bahagia tengok Kakcik & suami. Amin :)
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamdah sampai kakcik ke bumi Mekah.
seronok baca pengalaman kakcik&suami
:)
Alhamdulillah Kakcik n family selamat pergi n balik..InsyAllah..
BalasPadamMasa Saya di Mesir n Syria dulu pun biasa nampak playground budak2 cm tu tapi tak de yg main..tanya punya tanya, baru tahu di bawahnya terletaknya PENJARA!!..
semua rumah sama je pattern ke disana kakcik?
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadam