Kawan-kawan kakcik

Rabu, 17 April 2013

Makin dekat pilihanraya...

...ramai yang jadi separuh gila
bertebaran berita di alam maya
sana salah sini buruk belaka
tiada yang betul melainkan dia
walaupun JUMAAT sekali sekala
tiba-tiba petah bercakap hal agama
bertegang leher jelas dan nyata
fitnah atau tidak disamarata

Ingat-ingatlah saudari dan saudara

yang disokong mungkin akan jadi kaya
yang menyokong silap-silap masuk penjara
jangan kerana upah sekupang dua
kita sanggup putus saudara


Gambar hiasan untuk mewarnai catatan ini.

31 ulasan:

  1. time2 dkt pilihanraya nih kakcik, dana rasa serabut... bukak paper cite psl politik, bukak berita politik, kt opis ramai yg duk gebang politik tak kisah la apa parti pun... sgt tak selesa pd dana, dana tak minat politik tp dana dh ttp akan mengundi

    BalasPadam
  2. buah selasih haluan perahu,
    untuk memikat bapak buaya,
    memakan lembu di tengah sawah,
    alangkah sedih rasa hati ku,
    semakin dekat pilihanraya,
    semakin bangsaku berpecah belah.

    nota: komen dikopipes dari blog puisi orang tak reti. boleh kan ?

    BalasPadam
  3. betul tu..sokong tu sokong juga tapi biar berpada...yang menang, yang kaya, orang di atas sana..yang bawah bertegang leher, silap2 putus saudara

    BalasPadam
  4. Kakcik itulah nilai bangsa kita yang tak sedar diri. Agama letak ke tepi, timbang dan rasa dah tak ada lagi. Cukup2lah...

    BalasPadam
  5. buka paper,saya terus buka yg tgh2 ja skrg ni...bosan cerita politik mendominasi ..berita tv...tgk berita tv9 ja..walaupun ada juga terselit cerita politik,ampu mengampu..

    BalasPadam
  6. Malas nak baca, malas nak tengok, malas nak ikut.. tak suka dengan cara dan bahasa yang digunakan..macam2 dedah sampai anak2 kecik pun boleh tengok.. naik menyampah pulak..



    BalasPadam
  7. berita lain tenggelam dek penangan pilihanraya yang bakal menjelang tiba..

    BalasPadam
  8. don't judge a book by it's cover..
    jgn hakimi manusia dengan baju yang tersarung di badannya.. kan kan kannn kann.. hehe.. :p

    BalasPadam
  9. bkn kt malaysia je kak cik...semua tempat pun mcm tu jg... bezanya kita x nmpk

    BalasPadam
  10. Kerana kuasa dan wang, manusia bergaduh sesama sendiri.

    BalasPadam
  11. yg tertusuk kayu bendera ada
    berparang adik-beradik pun ada
    kerja tunggu bendera takut dicantas tak kurang juga
    tapi yg disokong entah ingat entahkah tidak itu yg sedihnya.

    BalasPadam
  12. Memang inilah masanya nak tengok kita berpecah belah. Bila ada musibah, baru nak bersatu kembali...

    BalasPadam
  13. ade yg kabor kate silap haribulan 13 Mei boleh berulang.. hmm nauzubillah!

    BalasPadam
  14. sedih bila kawan2 yg berlainan partinya bermusuh dan masih x bertegur sapa...

    BalasPadam
  15. SETUJU sangat-sangat!!!!....saya pun dah naik muak buka FB n tengok berita....huhuhu....

    BalasPadam
  16. Tak Perlu Bertegang leher
    Pangkah saja siapa mahu mu...

    BalasPadam
  17. setuju sgt tu kakcik !

    BalasPadam
  18. makin tak sabo dah rasa nak ngundi nih :)

    BalasPadam
  19. macam tak nak balik mengundi je kali ni. :(

    BalasPadam
  20. selagi belum sampai tarikhnya.. macam macam drama kita akan dapat lihat... moga Allah beri petunjuk..

    BalasPadam
  21. biasa lah kak....bermusim jerk ni....ahakz

    BalasPadam
  22. betul kakcik..sy skrg mmg kurang layan tv, paper..banyak isu politik..

    BalasPadam
  23. Rais Yatim bagi zakat sempena pencen :P

    Tak percaya?

    Layari offer-hebat.blogspot.com now & p ke entri rais ;)

    All the best & plz share w/ others

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com