Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 April 2013

Kalau Che Ta suka Zain...

...takkanlah kita pun kena ikut suka juga, kan?  Tapi bila kita tak suka, bukanlah bermakna kita boleh mengutuk semahu-mahunya. Dia ada selera, kita pun ada selera.  Bila selera berbeza, jangan pula dijadikan modal yang tiada kena mengena.  Contohnya, sebab kita tak suka mee goreng, kita katakan mee itu mengandungi rencah lipas dan tikus.  Mana tahu, entah-entah nasi goreng yang kita telan itu mengandungi airliur dan peluh tukang masak yang berkuman!

Jadi, sebelum menyatakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti, adalah lebih baik kita berdiam diri walaupun kita mungkin betul.  Seperkara lagi, jangan paksa orang suka apa yang kita suka - boleh tak?

Gambar hiasan dari arkib google. Pisssss yoooo

34 ulasan:

  1. sy x kisah pun che Ta suka Zain
    sekurang2 dia x sakitkan hati pompuan lain
    cth:membina mahligai atas airmata wanita lain
    hehe

    BalasPadam
  2. Selera orang tak sama dengan selera kita

    BalasPadam
  3. Mck tgk kat masterchef semalam....zain terkeluar....sebelum2 tu pun pernah jugalah ternmpk aksi2nya yg agak kureng ..sikit. semalam tu dia minum....dok dlm kelas kena ikut undang2 kelas la..
    Hal dia ngan che ta tu....hal depa...

    BalasPadam
  4. heboh sana sini org cerita pasal pe'el zain ni semalam...saya tak tgk pulak masterchef tu haha

    BalasPadam
  5. Salam Kak CIk.
    setuju dengan kak cik.
    masing-maisng punya citarasa.
    selahi ia tisak susahkan kita.
    jangan kita kutuk sesedap rasa.
    citarasa kita .
    belum tentu orang suka.

    BalasPadam
  6. dee ok je kalau cik ta kahwin ngan zain sbb masing2 suka kan..nama pun jodoh..tp bab en zain pya peel mlm td di masterchef..agak kureng di situ..

    BalasPadam
  7. poyo jer Zain nie...
    http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/04/masterchef-selebriti-malaysia-2013.html

    BalasPadam
  8. apa kes si zain ni mak? org tak tgkla smlm. bebudak konker tv. mengalah je la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam Zain marah2 dengan juri2 masterchef - dia kata juri2 tu 'bias'.

      Mak saja letak tajuk kat atas tu untuk catatan ini, nak tengok reaksi yang timbul di ruang komen walaupun sebenarnya isi catatan mak itu lain maksudnya... ;-)

      Padam
  9. terkejut juga tengok masterchef malam tadi...
    geram juga...

    BalasPadam
  10. betul tuh.. hehehe.. tp cikta kalu boleh nasihatkan la si zain agar lebih baik.. tak salah kann.. :)

    BalasPadam
  11. saya pun tak suka tp tak lah mengata,mengutuk..biarkan ja la...

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kakcik...betul tu x suka bukan nak kutuk mereka tengok je cukup la..;)

    BalasPadam
  13. tak nak komen psl artis..tak suka..hehehe..

    BalasPadam
  14. Saya tak tgk program tu tapi ada baca. terpulanglah kepada mereka untuk perancangan masa hadapan

    BalasPadam
  15. Kita tengokkan aje laa..apa akan jadi seterusnya..

    BalasPadam
  16. tapi mereka macam bahagia je kak huhu

    BalasPadam
  17. hehehe.. saya pon x tgk mak.. nnt la tgk online..

    BalasPadam
  18. panazzzz masterchef semalam, kan kakcik ;)

    BalasPadam
  19. heheheh gasak lah diaorang kakcik, betul gk kakcik tulis tuh, selera kite tak sama kn

    BalasPadam
  20. Salam Kak cik.. saya paling suka kakcik kata JANGAN PAKSA ORANG SUKA APA YANG KITA SUKA... suka sangat..

    BalasPadam
  21. hehehe.. jodoh pertemuan di tangan tuhan biar la depa..

    yg cikda tergelak bila teringat balik yassin (yg dah tersingkir) tu kata..ala tu semua PROPA.. hahaha..

    BalasPadam
  22. http://ejen-umrah-murah.blogspot.com/2013/04/list-blog-yang-gi-media-fam-trip-ke-kch.html

    BalasPadam
  23. betul kakcik. :-) saya terlepas masterchef semlm. pagi ni baca komen2 penuh kontroversi ja. ada tu guna ayat yang tak best..mencarut, maki dan sebagainya. kalau tak boleh cakap yang baik2...better diam dari menambah dosa. hal dia ngan che ta...tu hal depa.

    BalasPadam
  24. ukk aloh saya tak tengok masterhef.. :)

    BalasPadam
  25. Biaq pi la kat depa, asal depa bahagia & tak kacau orang lain. Sama2 single :)

    BalasPadam
  26. sokong kakchik..biaq pi laa kat depa... dah matang tuk menilai mana buruk mana elok...

    BalasPadam
  27. Diam je lah kan kak...dr berdosa kutuk2

    BalasPadam
  28. Siapa yang tengok episod tu mesti benci gile dekat zain ni.Tapi kita tak tahu cerita sebenar kalau ianya permainan suntingan daripada astro.

    BalasPadam
  29. daripada kita bercakap tentang, mereka, baik kita doakan mereka cepat kawin... itu yg sebaiknya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com